iMASCU 2019 Semakan Syarat Kelayakan UPU Online

iMASCU 2019 Semakan Syarat Kelayakan UPU Online | Adakah anda ingin melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan UPU kemasukan ke UA/ Politeknik/ Kolej Komuniti & ILKA sesi akademik 2018/2019. Apakah syarat kelayakan UPU iMASCU online? Untuk makluman, pemohon boleh menyemak syarat kelayakan kemasukan UPU di Universiti Awam menerusi online di portal iMASCU.

iMASCU Semakan Syarat Kelayakan UPU Online

Sistem semak syarat iMASCU adalah satu aplikasi online yang membolehkan pelajar membuat semakan syarat kelayakan UPU mengikut bidang dan kelayakan masing-masing. Dengan adanya sistem iMASCU ini anda boleh mengetahui bidang atau program pengajian yang sesuai untuk anda membuat lanjutan dalam Diploma, Asasi dan Ijazah Sarjana Muda.

iMASCU 2019 Semakan Syarat Kelayakan UPU Online

Berikut dikongsikan adalah cara semakan syarat kelayakan UPU melalui iMASCU online :

○ Tarikh Penting Permohonan UPU 2018/2019 ke UA/IPTA

○ Tarikh Pembelian No Pin UPU 2018/2019

Cara Semakan Kelayakan UPU iMASCU Online

1. Anda perlu melayari ke laman web semak syarat iMASCU di pautan Sistem Semak Syarat

2. Isikan maklumat yang diperlukan dalam sistem semakan tersebut. Berikut adalah maklumat pelajar yang perlu diisikan dalam sistem iMASCU ;

● NO MYKAD

● NAMA

● EMAIL

● NO TEL

● KATEGORI (SPM atau STPM)

3. Isikan maklumat matapelajaran dan keputusan peperiksaan.

4. Klik butang ‘SEMAK’.

5. Dipaparkan kelayakan pemohon untuk memohon jurusan yang layak ditawarkan di Universiti Awam.

6. Klik cetak.

Nota Penting Isi Maklumat iMASCU :

● Bagi pelajar lepasan SPM dikehendaki untuk mengisi maklumat matapelajaran yang diambil besertakan gred yang diperolehi dalam peperiksaan SPM anda.

● Bagi pelajar lepasan STPM seperti juga lepasan SPM untuk mengisi senarai matapelajaran dan gred. Tambahan maklumat yang perlu diisi adalah keputusan SPM dan MUET.

● Senarai UA/ institusi yang lain layak untuk dipohon akan dipaparkan dalam sistem itu.

Semakan Syarat Kemasukan UiTM & Politeknik

Untuk membuat semakan syarat kelayakan UiTM dan Politeknik, anda boleh menggunakan sistem ini seperti :

1. Aplikasi semak syarat kemasukan UiTM 👉 Sistem Selangkah .

2. Aplikasi semak syarat kemasukan Politeknik 👉 e-semak Politeknik 

Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke UA dengan menyemak syarat kelayakan UPU di sistem iMASCU. Tahniah kepada pemohon yang berjaya memasuki di universiti tempatan.

Leave a Reply