Semakan Keputusan Tingkatan 6 2021/2022 Online. Bilakah tarikh semakan keputusan Tingkatan 6 2021? Perhatian buat calon lepasan SPM yang telah membuat permohonan Tingkatan Enam sesi 2021/2022. Untuk makluman, menerusi kenyataan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), semakan keputusan tingkatan 6 2018 boleh dibuat secara online bermula daripada 16 April sehingga 16 Mei 2018.

Untuk pengetahuan anda, kemasukan ke Tingkatan 6 adalah salah satu pilihan terbaik buat pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian dalam peperiksaan STPM dan peluang cerah lanjutan ke UA/ IPTA. Selain itu, calon lepasan SPM juga boleh membuat Permohonan UPU untuk kemasukan Universiti Awam bagi program Diploma atau Asasi.
Semakan Keputusan Tingkatan 6 2021/2022 Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan keputusan tingkatan enam (6) tahun 2018 termasuk tarikh-tarikh penting dan aplikasi online :
○ Tarikh Semakan Dibuka : 16 April 2018
○ Tarikh Semakan Ditutup : 16 Mei 2018
○ Tahun 2017 : 16 April hingga 12 Mei 2017
○ Aplikasi Semakan : SST6 Online
Semakan Tawaran Tingkatan 6 2018 Online
Pemohon boleh menyemak keputusan tawaran tingkatan 6 tahun 2018 secara dalam talian (online) menerusi pautan aplikasi SST6 pada tarikh rasmi pengumuman keputusan.
Semakan Tawaran Tingkatan 6 2018 SMS
Pelajar juga boleh buat semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 2018 melalui perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) yang diaktifkan pada jam 10.00 pagi bersamaan tarikh rasmi keputusan diumumkan.
○ Taip : MOE<jarak>T6<jarak>NO KAD PENGENALAN dan hantar SMS ke 15888.
○ Contoh : MOE T6 996126078921 dan hantar SMS ke 15888.
Nota : Dikenakan caj RM0.15 sen untuk setiap penghantaran dan RM0.20 sen untuk setiap penerimaan.
Nota Penting Kemasukan Tingkatan 6
1. Sekiranya calon berjaya dan bersetuju tawaran kemasukan Tingkatan 6, anda perlu mencetak SURAT TAWARAN dan dibawa pada hari pendaftaran di sekolah.
2. Calon yang menunggu laporan UPU perlu hadir ke sekolah dahulu untuk melapor diri pendaftaran anda.
Permohonan Rayuan Tingkatan 6 Tahun 2021/2022
Bagi pelajar yang tidak mendapat tawaran tingkatan enam sesi 2021 untuk ambilan pertama, pemohon boleh membuat rayuan dengan mengisi borang permohonan rayuan tingkatan 6 yang dijangka akan dibuka pada bulan Jun 2021.
Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam ambilan 2021.