Status Lulus Tapi BPN Gagal Kredit Ke Akaun Bank, Ikuti Langkah Ini! Panduan buat penerima Bantuan Prihatin Nasional yang gagal dikreditkan ke akaun bank walaupun status permohonan lulus. Untuk makluman, pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah dikreditkan ke akaun masing-masing bermula 6 April sehingga 12 April 2020 bagi kategori B40 manakala kategori M40 pula dikreditkan ke akaun mulai 12 April sehingga 15 April 2020. Bagaimana pula yang gagal kredit BPN ke akaun atau akaun bank tidak aktif?

Bagi penerima yang lulus Bantuan Prihatin Nasional B40 berdasarkan rekod BSH, sekiranya pembayaran berstatus gagal kredit, penerima boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN setelah Nombor Siri dipaparkan di Portal BPN. Manakala, bagi penerima yang lulus Bantuan Prihatin Nasional M40 berdasarkan rekod percukaian, semua pembayaran akan dilakukan secara pengkreditan ke akaun bank. Sekiranya pembayaran berstatus gagal kredit, penerima perlu membuat kemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi ezHASiL iaitu e-Kemaskini.
Status Lulus Tapi BPN Gagal Kredit Ke Akaun Bank, Ikuti Langkah Ini!
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional bagi yang gagal dikreditkan ke akaun termasuk memaparkan langkah-langkah :
Bagi permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 sehingga 30 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Nasional, https://bpn.hasil.gov.my. Mereka akan dibayar pada bulan Mei 2020 ke akaun bank masing-masing.
Cara Dapatkan Bantuan Prihatin Nasional Bagi Gagal Kredit
Bagi Bantuan Prihatin Nasional B40
Sekiranya status pengkreditan adalah gagal kredit, pembayaran akan dibuat secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN). Penerima boleh membuat penunaian di Kaunter BSN setelah Nombor Siri dipaparkan di Portal BPN. Penunaian boleh dilakukan setelah tamat Perintah Kawalan Pergerakan.

Artikel Berkaitan : Cara Daftar MyBSN Online Banking
Bagi Bantuan Prihatin Nasional M40
Pemohon boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-kemaskini https://ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank adalah terkini dan aktif. Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima.
BACA JUGA : Cara Semak Duit Masuk BPN Online
asalmkn saya Sabree bin Zulkifli sebelum ni saya buat akaun bpn guna no tlfn lama. kenapa saya dapat kod 05 sy ni masih bujang lgi.. sebelum ni saya dapat bantuan bpn. kerana lambat kemaskini saya tak dapat bantuan mintak tolong sgt2. skrg ni keadaan hidup sekarang. stu kli Pn saya belum dapat bantuan BPR ni.
saya Sabree bin Zulkifli sebelum ni saya buat akaun gune no tlfn lame. Degan e-mail. lame. bagaimana. Klau saya dah x gune dh ni tlfn lame Degan e-mail. lame. kerana tlfn saya hilang.. sebelum ni saya dapat duit bantuan bpn status lulus masalah. duit bantuan yang baru ni saya tak dapat satu kli lagi saya ni bujang hidup merantau.& bagaimana kalau saya Lupe id akaun bpn