Cara Dapatkan Nombor Siri BPN Bagi Pemohon Tiada Akaun Bank Yang Aktif

Cara Dapatkan Nombor Siri BPN Bagi Pemohon Tiada Akaun Bank Yang Aktif. Di mana perlu dapatkan nombor siri BPN? Bagi anda yang telah membuat pendaftaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sudah tentu perlu masukkan nombor akaun bank di dalam maklumat permohonan. Ianya untuk memudahkan proses pembayaran BPN dan bayaran tunai akan dikreditkan ke akaun sekiranya pembayaran dilakukan. Persoalan akan timbul bagaimana pula bagi yang tiada akaun bank yang aktif?

Cara Dapatkan Nombor Siri BPN Bagi Pemohon Tiada Akaun Bank Yang Aktif

Cara Dapatkan Nombor Siri BPN Bagi Pemohon Tiada Akaun Bank Yang Aktif

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang nombor siri Bantuan Prihatin Nasional termasuk memaparkan cara dapatkan dan tunai kan nombor siri :

Apa Itu Nombor Siri BPN?

Nombor siri BPN ini dikhususkan kepada pemohon yang lulus Bantuan Prihatin Nasional tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif untuk keluarkan wang bantuan tersebut. Bagi anda yang tidak memiliki akaun bank akan memiliki nombor siri BPN untuk keluarkan bayaran bantuan secara tunai di Bank Simpanan Nasional.

Cara Dapatkan Nombor Siri Bantuan Prihatin Nasional

Melalui FB Malaysia Government Call Centre, diterangkan cara dapatkan nombor siri Bantuan Prihatin Nasional dan bila perlu ditunaikan nombor siri tersebut.

Surjit Kaur

Saya Surjit Kaur. Ingin bertanya. Saya Lulus BPN bagi Isi rumah B40. Saya tiada akaun bank kerana akaun tidak aktif. Dikatakan LHDNM akan memberi Nombor Siri. Di mana saya perlu dapatkan Nombor Siri tersebut. Di mana saya perlu tunaikan. Dan bila saya boleh tunaikan Nombor siri tersebut.

SITI, Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC

Hi Surjit Kaur. Saya Siti. Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC.Untuk makluman, Anda perlu buat semakan di bpn.hasil.gov.my kerana Nombor Siri akan diberikan di Portal BPN tersebut. Jika telah mendapat Nombor Siri. Anda boleh tunaikan Nombor Siri tersebut di kaunter Bank Simpanan Nasional SELEPAS tamat Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP)

Cara Dapatkan Nombor Siri BPN Bagi Pemohon Tiada Akaun Bank Yang Aktif

Sumber : FAQ LHDN, 6 April

2 Comments

  1. Ab.adzis bin baharom April 13, 2020
  2. Sairan Deran June 25, 2020

Leave a Reply