Sinopsis Drama I Love You Cikgu Lakonan Sean Lee & Hanna Aqeela. Nantikan drama bersiri baharu ‘I Love You Cikgu’ lakonan Sean Lee dan Hanna Aqeela sebagai watak utama. Drama I Love You Cikgu akan mula bersiaran pada 3 Januari 2020 setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 7.00 malam di Slot Widuri TV1. Drama ini arahan Fairuz Loy terbitan ScreenWorks International & Alternate Studio Sdn Bhd turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Azwan Kombos, Aidil Aziz, Nisha Dirr, Sura Sojangi dan ramai lagi. Jom baca synopsis Drama I Love You Cikgu!

Sinopsis Drama I Love You Cikgu Lakonan Sean Lee & Hanna Aqeela
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Drama I Love You Cikgu termasuk memaparkan senarai pelakon, tarikh tayangan dan synopsis :
JUDUL : I LOVE YOU CIKGU
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 Januari 2020
WAKTU SIARAN : Jumaat-Ahad, 7 malam
SIARAN TV : Slot Widuri, TV1 RTM
PENULIS SKRIP : Maizurah Ederis
PENULIS NOVEL : Imanisa Riana
PENGARAH : Fairuz Loy
PRODUKSI : ScreenWorks International & Alternate Studio Sdn Bhd
PELAKON : Sean Lee, Hanna Aqeela, Aidil Aziz, Azwan Kombos, Rashidah Jaafar, Nisha Dirr, Sura Sojangi, Taufiq Izmir, Janet Khoo, Joyce Harn, Lavin Seow
Senarai Pelakon Drama I Love You Cikgu
Sean Lee sebagai Chan Chee Hong / Muhammad Nur Iman
Hanna Aqeela sebagai Sara Raihana
Azwan Kombos
Aidil Aziz sebagai Farid
Nisha Dirr sebagai Lina
Sura Sojangi sebagai Cikgu Norita
Taufiq Izmir
Joyce Harn sebagai Lee Fong
Janet Khoo
Rashidah Jaafar
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang kehadiran Sara Raihana, seorang guru baru di sebuah sekolah. Secara tak langsung kedatangan Cikgu Sara membuatkan Chan Chee Hong alias Muhamad Nur Iman tertarik untuk mendekati dan menawan hatinya.
Pelbagai usaha dilakukan oleh Chan Chee Hong untuk memikat hati Sara Raihana. Bagi Sara Raihana, Iman hanyalah pelajar dan adik angkatnya sahaja. Cintanya telah berkubur bersama-sama jasad orang tersayang.
Lagu OST Drama I Love You Cikgu
Akan dikemaskini


