Permohonan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia SP1M 2018 Online | Adakah anda golongan bekerja sendiri atau tiada kerja tetap? Panduan buat anda dimana kini kerajaan telah menyediakan satu skim simpanan iaitu Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M). Skim SP1M adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan. Skim ini akan menyediakan bantuan kewangan sejumlah RM250 setahun kepada yang berkelayakan.
Permohonan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia SP1M 2018 Online
Berikut dikongsikan adalah cara permohonan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M) termasuk syarat kelayakan, cara bayaran dan aplikasi online :
Syarat Kelayakan Permohonan SP1M
Antara syarat-syarat kelayakan permohonan SP1M adalah seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia.
2. ‘’Orang Yang Bekerja Sendiri” ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja.
3. Merupakan ahli KWSP.
4. Telah membuat pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia menggunakan Borang KWSP 16G(1M).
Golongan Yang Bekerja Sendiri dan Tiada Pendapatan Tetap
Antara pihak yang tergolong dalam golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap adalah :
• Petani/ nelayan/ pemandu teksi
• Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
• Baby-sitter
• Ejen menerima komisyen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
• Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, fitness instructor, perunding)
• Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
• Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
• Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
• Surirumah
• Pekerja Berpencen
Permohonan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M) 2018 Online
Ahli perlu mendaftar sebagai pencarum SP1M dengan cara berikut:
a) Menggunakan Borang Permohonan Pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia [KWSP 16G (1M)] yang boleh diperolehi di Kaunter KWSP atau Laman Web Rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my
b) Serahan permohonan di Kaunter KWSP atau melalui mel.
Cara Bayaran Caruman SP1M
Cara membuat bayaran caruman Simpanan Persaraan 1Malaysia:
a) Menggunakan Borang Bayaran Simpanan 1Malaysia [KWSP 6A(2)] yang boleh diperolehi di mana-mana Kaunter KWSP atau Laman Web KWSP (www.kwsp.gov.my).
b) Borang KWSP 6A(2) hendaklah diserahkan bersama tunai/cek di kaunter KWSP/mel atau di kaunter ejen bank yang dilantik iaitu RHB, MBB PBB dan BSN.
c) Perbankan Internet: MBB dan PBB.
Untuk keterangan lanjut anda boleh layari ke laman web rasmi KWSP atau hubungi pusat panggilan kami di 03-8922 6000.
Selamat membuat permohonan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M) secara online. Semoga anda mendapat tawaran skim simpanan SP1M ini.