Sinopsis Drama Hati Tanpa Rasa Lakonan Redza Rosli & Scha Elinnea. Nantikan drama bersiri terbaharu ‘Hati Tanpa Rasa’ lakonan Redza Rosli dan Scha Elinnea sebagai watak utama. Drama Hati Tanpa Rasa akan mula bersiaran pada 13 Disember 2022 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di slot Samarinda TV3. Drama ini diarahkan oleh Emi Suffian & Ayiez Mustafa di bawah terbitan Creative Skill Solution dan menampilkan beberapa pelakon lain antaranya iaitu Khalida Balqis, Yasmin Khalid, Lisdawati, Azim Yusof dan ramai lagi. Jom baca synopsis drama Hati Tanpa Rasa!

Sinopsis Drama Hati Tanpa Rasa Lakonan Redza Rosli & Scha Elinnea
Berikut dikongsikan maklumat tentang Drama Hati Tanpa Rasa termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis:
JUDUL : HATI TANPA RASA
EPISOD : 26
TARIKH : 13 Disember 2022
WAKTU SIARAN : Setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda (TV3)
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Emi Suffian & Ayiez Mustafa
PRODUKSI : Creative Skill Solution
SENARAI PELAKON : Redza Rosli, Scha Elinnea, Khalida Balqis, Yasmin Khalid, Lisdawati, Azim Yusof, Jasmin Hamid, Ayra Messi, Zuhairi Ibrahim, Syarafi Sudarmaji, Wan Raja, Farid Amirul
Senarai Pelakon Drama Hati Tanpa Rasa
- Redza Rosli sebagai Naufal Nidham
- Scha Elinnea sebagai Nur Kaisara
- Khalida Balqis sebagai Julia
- Yasmin Khalid sebagai Dr Irina
- Lisdawati sebagai Datin Faezah
- Azim Yusof sebagai Mika
- Jasmin Hamid sebagai Mak Cik Rohani
- Ayra Messi sebagai Naina
- Zuhairi Ibrahim sebagai Datuk Nazrin
- Syarafi Sudarmaji sebagai Zafril
- Wan Raja sebagai Encik Barry
- Farid Amirul sebagai Dato Hashim
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang Nur Kaisara (Scha Elinnea) yang mementingkan kemewahan sehingga sanggup derhaka kepada ibu bapa. Kaisara menerima tawaran bekerja dengan Nidham (Redza Rosli) dengan harapan akan mendapat jawatan yang tinggi dan gaji yang lumayan. Siapa sangka Kaisara hanya ditawarkan kerja sebagai seorang driver. Nidham mahu memperdayakan Kaisara untuk mengajar Kaisara untuk menjadi lebih baik.
Bagi yang ingin menonton drama Hati Tanpa Rasa secara strim boleh ke pautan https://www.tonton.com.my/.
BACA JUGA: Sinopsis Drama Terima Kasih Cinta