Sinopsis Drama Terima Kasih Cinta Lakonan Amar Baharin & Anna Jobling

Sinopsis Drama Terima Kasih Cinta Lakonan Amar Baharin & Anna Jobling. Nantikan drama bersiri terbaharu ‘Terima Kasih Cinta’ lakonan Amar Baharin dan Anna Jobling sebagai watak utama. Drama Terima Kasih Cinta akan mula bersiaran pada 30 November 2022 setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di slot Akasia TV3. Drama ini diarahkan oleh Azri Izhar di bawah terbitan Global Station Sdn dan menampilkan beberapa pelakon lain antaranya iaitu Azrel Ismail, Wan Sharmila, Rita Nadira, Syafnida Shuhaimi dan ramai lagi. Jom baca synopsis drama Terima Kasih Cinta!

Sinopsis Drama Terima Kasih Cinta Lakonan Amar Baharin & Anna Jobling

Sinopsis Drama Terima Kasih Cinta Lakonan Amar Baharin & Anna Jobling

Berikut dikongsikan maklumat tentang Drama Terima Kasih Cinta termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :

JUDUL : TERIMA KASIH CINTA
EPISOD : 28
TARIKH : 30 November 2022
WAKTU SIARAN : Setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam
SIARAN TV : Slot Akasia (TV3)
PENULIS SKRIP :
PENGARAH : Azri Izhar
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Amar Baharin, Anna Jobling, Azrel Ismail, Wan Sharmila, Rita Nadira, Syafnida Shuhaimi, Faez Malek, Aida Khalida, Azhar Amir, Noniswara, Kiky Hannah

Senarai Pelakon Drama Terima Kasih Cinta

  • Amar Baharin sebagai Dr Harris
  • Anna Jobling sebagai Wan Raihana
  • Azrel Ismail sebagai Razlan
  • Wan Sharmila
  • Rita Nadira sebagai Dr Nora
  • Syafnida Shuhaimi
  • Faez Malek
  • Aida Khalida sebagai Ummi
  • Azhar Amir
  • Noniswara
  • Kiky Hannah

SINOPSIS

Drama ini mengisahkan tentang pertemuan An (Anna Jobling) dengan dua anak kecil iaitu Yaya dan adiknya Lea. Hal ini membawa kepada pertelingkahan dan perselisihan faham antara An dengan Harris Ibrahim (Amar Baharin). Harris yang dikatakan lelaki sombong tidak perlukan pertolongan An untuk menjaga anak-anaknya.

Malah Harris memberi amaran pada An untuk tidak lagi mengambil berat terhadap mereka. Namun, tidak bagi Yaya dan Lea yang belum pandai hidup berdikari. Mereka masih mengharapkan belas daripada An.

Bagi yang ingin menonton drama Terima Kasih Cinta secara strim boleh ke pautan https://www.tonton.com.my/.

Leave a Reply