Harga Lesen Memandu Kenderaan & Motosikal Terkini 2018

Harga Lesen Memandu Kenderaan & Motosikal Terkini 2018 | Anda ingin mengambil lesen memandu tahun 2018? Berapakah harga lesen memandu kenderaan 2018 terkini? Bagi individu yang sudah mencapai usia 16 tahun dan ke atas anda layak mendapatkan lesen motosikal B2 atau superbike BFull 500cc. Manakala, bagi individu yang mahu mendapatkan lesen memandu kereta sama ada automatik atau manual hendaklah mencapai usia 17 tahun dan ke atas. Untuk makluman, cukai GST telah dilaksanakan pada 1 April 2015 dan turut kenaikan harga lesen memandu kenderaan. Berikut dikongsikan adalah harga lesen memandu terkini Malaysia meliputi harga lesen dan harga belajar memandu.

Harga Lesen Memandu Kenderaan & Motosikal Terkini 2018

Harga Lesen Memandu Kenderaan & Motosikal Terkini 2018

Berikut dikongsikan adalah senarai harga lesen memandu terkini 2018 yang memaparkan kadar bayaran lesen memandu dan harga belajar lesen memandu :

○ Semakan Nombor Plat Kenderaan Terkini 2018 Online

○ Semakan Saman Trafik PDRM JPJ AES Online

Kategori Kelas Memandu Malaysia JPJ

Berikut adalah kategori kelas memandu Malaysia berpandukan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) :

KATEGORI                                     KELAS

i . Lesen Motosikal Tidak                B2

Melebihi 250cc

ii. Lesen Motosikal                            B

Melebihi 500cc

iii. Lesen Kereta Transmisi              D

Manual

iv. Lesen Kereta Transmisi             DA

Automatik

Kadar Bayaran Yuran Lesen Memandu Kenderaan & Motosikal

Berikut adalah senarai harga lesen memandu terkini mengikut tahun 2018, turut dikongsikan harga lesen memandu di beberapa buah syarikat tempat belajar ;

KATEGORI                                     HARGA

i. Lesen Motosikal Tidak             RM600

Melebihi 250cc (B2)

ii. Lesen Motosikal Melebihi      RM1,200

500cc (B)

iii. Lesen Kereta Transmisi        RM1,200

Manual (D)

iv. Lesen Kereta Transmisi         RM1,600

Automatik (DA)

v. Lesen Memandu Bas/ Lori    RM1,500

Nota : Harga termasuk dengan GST dan bergantung kepada institut pemanduan di kawasan anda.

1. SHAH ALAM, SELANGOR

○ Lesen Motosikal Tidak Melebihi 250cc (B2) : RM600

○ Lesen Motosikal Melebihi 500cc (B) : RM1200

○ Lesen Kereta Transmisi Manual (D) : RM1250

○ Lesen Kereta Transmisi Automatik (DA) : RM1600

○ Lesen Memandu Bas/ Lori : RM1,500

○ Teksi : RM800

○ Lesen GDL : RM300

2. KLANG, SELANGOR

○ Lesen Motosikal Tidak Melebihi 250cc (B2) : RM598

○ Lesen Motosikal Melebihi 500cc (B) : RM1500

○ Lesen Kereta Transmisi Manual (D) : RM1660

○ Lesen Kereta Transmisi Automatik (DA) : RM1860

3. JOHOR BAHRU, JOHOR

○ Lesen Motosikal Tidak Melebihi 250cc (B2) : RM550

○ Lesen Motosikal Melebihi 500cc (B) : RM1161

○ Lesen Kereta Transmisi Manual (D) : RM1430

○ Lesen Kereta Transmisi Automatik (DA) : RM1600

Semoga perkongsian tentang senarai harga memandu kenderaan 2018 ini dapat dijadikan panduan buat pengguna jalan raya. Pandulah dengan berhemah ingatlah orang tersayang!

Leave a Reply