Semakan Saman Trafik PDRM JPJ AES 2022 Online (Cara Bayar). Bagaimana cara menyemak saman trafik dengan mudah? Kini anda mempunyai pilihan lebih baik dimana anda boleh membuat semakan saman trafik PDRM, JPJ dan AES secara online dan juga menerusi SMS. Untuk makluman anda mulai tahun 2017, kerajaan telah menguatkuasakan sistem AES di lokasi panas yang sering berlakunya kemalangan jalan raya. Dengan adanya sistem ini memberi peringatan dan kesedaran kepada pengguna tentang pemanduan yang berhemah.

Semakan Saman Trafik PDRM JPJ AES 2022 Online (Cara Bayar)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan saman PDRM, JPJ dan AES termasuk memaparkan aplikasi semakan :
Cara Semak Saman Trafik PDRM JPJ AES Online
A. Sistem Semakan Online (SSO)
1. Sila ke laman web https://sso.rmp.gov.my.
2. Login akaun bagi yang telah mendaftar SSO atau buat pendaftaran pengguna baru.
3. Setelah login, klik pada ikon ‘Status Saman’.
4. Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor kenderaan anda untuk membuat semakan.
B. MyEG Online
1. Sila layari ke laman web MyEG https://www.myeg.com.my.
2. Bagi pengguna baru sila daftar akaun dahulu di portal MyEG.
3. Setelah mendaftar akaun, log masuk semula dengan menggunakan nama dan kata laluan.
4. Klik menu pada ‘eServices‘ dan pilih jabatan sama ada PDRM atau JPJ untuk disemak.
5. Pilih untuk buat semakan saman dan boleh terus membayar saman kenderaan anda.
C. Semakan Saman JPJ
1. Sila layari ke portal rasmi JPJ http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis.
2. Di bahagian ‘Senarai Perkhidmatan’ klik pada pautan semakan saman JPJ atau AES.
3. Sila pilih Kategori ID dan masukkan nombor ID sahaja atau Nombor ID dan Nombor Pendaftaran Kenderaan anda.
4. Contoh Format Nombor ID Orang Awam Malaysia – MyKAD : 801121141234 atau KP Lama : A1234567). Yang bertanda * wajib diisi.
5. Akhir klik butang ‘SEMAK’ dan dipaparkan keputusan semakan saman anda.
D. Sistem Rilek
1. Sila layari ke laman portal RILEK https://www.rilek.com.my/.
2. Bagi pengguna baru daftar dahulu akaun RILEK.
3. Setelah mendaftar akaun, login menggunakan nama dan kata laluan yang didaftarkan.
4. Klik menu dropdown ‘Search By’ dan pilih kaedah semakan.
5. Masukkan maklumat penting dan klik pada butang ‘Next’.
Nota : Boleh buat bayaran saman melalui perbankan internet Maybank, CIMB dan RHB.
ARTIKEL BERKAITAN : Senarai Lokasi Kamera AES Terkini
Cara Semak Saman Trafik PDRM SMS
Semakan saman trafik PDRM juga boleh dibuat menerusi SMS dengan menaip POLIS SAMAN < NO KAD PENGENALAN> atau <NO KENDERAAN> dan hantar SMS ke 15888
Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke 15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20 sahaja.
Kadar Baru Kompaun Saman
Antara senarai kadar kompaun saman yang dikenakan ke atas pengguna jika disabitkan kesalahan iaitu :
- Tidak Pakai Topi Kalendar – RM100
- Melebihi Had Laju – RM150
- Tidak Pamer ‘P’ Depan/ Belakang – RM70
- Larang Letak Kenderaan – RM150
- Tiada Lesen Kenderaan Motor – RM150
- Tak Boleh Buat Pusingan U – RM150
- Pandu Guna Alat Komunikasi – RM150
- Larang Memotong – RM150
- Kesalahan Lampu Merah – RM150
- Memandu di Lorong Kecemasan – RM300
Bagi anda yang ada saman tertunggak, selesaikan dengan segera untuk mengelak nama anda disenaraihitamkan PDRM atau JPJ.
BACA JUGA : Semakan Nombor Plat Kenderaan Terkini 2022


