Permohonan Dan Semakan Status Dana Inspirasi Malaysia 2020 YAPEIM Online

Permohonan Dan Semakan Status Dana Inspirasi Malaysia 2020 YAPEIM Online. Bilakah tarikh semakan status Dana Inspirasi Malaysia? Perhatian buat ibu bapa atau pemohon yang telah membuat permohonan Dana Inspirasi Malaysia YAPEIM bagi fasa pertama tahun 2020. Untuk makluman, semakan status Dana Inspirasi Malaysia boleh disemak secara atas talian (online) mulai 16 Mac 2020 menerusi portal YAPEIM. Bagi anda yang gagal, permohonan Dana Inspirasi Malaysia boleh dibuat sekiranya fasa kedua dibuka. Tarikh permohonan yang baharu akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Permohonan Dan Semakan Status Dana Inspirasi Malaysia 2020 YAPEIM Online

Dana Inspirasi Malaysia atau juga dikenali sebagai Inspirasiku adalah satu inisiatif bantuan kerajaan yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bertujuan untuk meringankan bebanan kewangan pelajar khususnya keluarga berpendapatan rendah B40. Inisiatif ini diberikan untuk sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Permohonan Dan Semakan Status Dana Inspirasi Malaysia 2020 YAPEIM Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Dana Inspirasi Malaysia termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :

Tarikh Semakan : Mulai 16 Mac 2020

Syarat Kelayakan Dana Inspirasi Malaysia

Antara syarat-syarat kelayakan Dana Inspirasi Malaysia yang perlu diikuti adalah seperti berikut :

a. Warganegara Malaysia

b. Mendapat surat tawaran pengajian IPT dalam atau luar negeri atau surat pengesahan sekolah

c. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan Negara kategori B40

d. Permohonan hendaklah atas nama ibu, bapa atau penjaga

KADAR BANTUAN

Pelajar Sekolah : Sehingga RM500

Pelajar IPT : Sehingga RM1,000

Cara Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://www.yapeim.my/. Untuk makluman permohonan Dana Inspirasi Malaysia bagi fasa pertama telah ditutup. Sehingga kini permohonan fasa kedua tidak dibuka lagi. Makluman terkini layari di laman FB YAPEIM.

Cara Semak Status Dana Inspirasi Malaysia 2020 Online

1. Semakan status boleh dibuat secara online melalui laman web rasmi YAPEIM http://eamal.yapeim.my/semakan/

Permohonan Dan Semakan Status Dana Inspirasi Malaysia 2020 YAPEIM Online

b. Isikan nombor kad pengenalan yang didaftarkan dan klik pada butang ‘SEMAK’. Hanya menggunakan MyKad (12 digit) sahaja.

c. Keputusan akan dipaparkan sama ada ‘LULUS’ atau ‘SEDANG DIPROSES’.

Nota :

i. Bagi pelajar sekolah yang layak akan menerima bantuan sehingga RM50.00 manakala bagi pelajar IPT akan menerima
bantuan sehingga RM1,000.00.

ii. Bantuan diagihkan secara serahan tunai atau pindahan akaun dan kaedah agihan akan dimaklumkan setelah permohonan diluluskan.

Untuk dapatkan maklumat terkini, sila hubungi di talian :

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
Tingkat 8, Grand Season Avenue, No. 72, Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur

No. Tel: +6(0) 3-2717 2717
No. Faks: +6(0)3 2717 2616
Email: responseyapeim@gmail.com

Leave a Reply