Semakan Status Permohonan BSH 2020 Fasa 3 & Bayaran Dikreditkan Mulai 24 Julai. Bilakah tarikh kemasukan duit BSH Fasa 3 tahun 2020? Panduan buat pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) yang ingin membuat semakan status kelulusan BSH 2020 Fasa Ketiga. Untuk makluman, pembayaran BSH 2020 Fasa 3 akan dikreditkan secara terus ke akaun masing-masing yang didaftarkan dengan LHDNM mulai 24 Julai 2020. Pemohon boleh membuat semakan status kelulusan BSH 2020 secara online menerusi laman web rasmi BSH. Bagi penerima BSH yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal kredit, penunaian boleh dibuat di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.

Semakan Status Permohonan BSH 2020 Fasa 3 & Bayaran Dikreditkan Mulai 24 Julai
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Sara Hidup 2020 Fasa Ketiga termasuk memaparkan tarikh bayaran, kaedah pembayaran, aplikasi semakan dan cara rayuan :
Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2020 Fasa 3
Pembayaran BSH ke akaun penerima hanya akan dilakukan berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDN kepada BSN. Bagi permohonan baharu BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran Fasa 1 dan 2, bayaran berkenaan akan dibuat secara sekaligus dalam pembayaran Fasa 3 mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2020.
Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.
Artikel Berkaitan : Semakan Nombor Siri BSH 2020 Fasa 3 & Penunaian di Kaunter BSN
Kaedah Pembayaran Fasa 3 BSH 2020
Pembayaran Fasa 3 BSH 2020 adalah seperti berikut:
i. Akaun Bank yang dilaporkan
Pembayaran akan dilakukan kepada akaun bank yang telah dikemaskini oleh pemohon semasa permohonan BSH 2020.
ii. Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai di kaunter BSN sekiranya:
a. Tidak melaporkan maklumat akaun bank
b. Status pengkreditan adalah Gagal Kredit
Cara Semakan Status BSH 2020 Fasa 3
Bagi menyemak status permohonan, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
- Semakan status boleh dibuat secara online di portal rasmi BSH https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
- Masukkan No MyKad.
- Isikan ‘Captcha’ yang diberikan dan klik pada butang ‘Semak’.
- Status permohonan akan dipaparkan sama ada LULUS, DALAM PROSES dan GAGAL.
Cara Permohonan Rayuan BSH 2020
Permohonan rayuan BSH boleh dibuat mula pada 7 Ogos hingga 6 September 2020 secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh hadir di mana-mana Cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH)/ Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre – UTC).
Soalan Lazim Bantuan Sara Hidup 2020
1. Semasa Pembayaran Fasa 2 BSH 2020, bayaran telah dibuat ke atas Akaun Pasangan (Isteri) saya. Walau bagaimanapun, Pasangan saya telah meninggal dunia pada bulan Mei 2020. Bagaimanakah kaedah pembayaran Fasa 3 BSH 2020?
Pembayaran akan dibuat berdasarkan akaun bank yang telah dilaporkan dalam permohonan BSH 2020. Sekiranya status pengkreditan adalah Gagal Kredit, penunaian boleh dibuat di kaunter BSN. Penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad setelah Maklumat No Baucar dipaparkan pada Portal BSH > Maklumat Pembayaran .
2. Saya adalah penerima Fasa 1 dan Fasa 2 sebagai Isi Rumah. Semasa tempoh permohonan BSH 2020, saya telah kemas kini permohonan sebagai kategori Bujang. Berapakah amaun Fasa 3 yang akan saya terima?
Amaun pembayaran Fasa 3 adalah berdasarkan amaun kelayakan kategori Bujang. Sekiranya telah menerima bayaran Fasa 1 dan Fasa 2, pembayaran Fasa 3 adalah terhad kepada Bayaran Khas Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) RM100 sahaja.
3. Permohonan Baharu BSH 2020 telah dibuat atas nama pasangan yang telah meninggal dunia pada Januari 2020. Adakah saya layak menerima Fasa 3 BSH 2020?
Bagi Permohonan Baharu BSH 2020, Pemohon yang meninggal dunia sehingga 31 Januari 2020 tidak layak menerima bayaran Fasa 3 dan Skim Khairat Kematian BSH 2020.
Sebarang keterangan lanjut tentang BSH, sila hubungi di talian seperti berikut :
- Pusat Hubungan Pelanggan BSN : 1-300-88-1900
- LHDNM : 1 800 882 747
BACA JUGA : Cara Muat Turun Aplikasi MySejahtera & Claim Kredit RM50 eWallet