Permohonan BSN Micro-i Kredit Prihatin Terima Pembiayaan Maksimum RM75,000

Permohonan BSN Micro-i Kredit Prihatin Terima Pembiayaan Maksimum RM75,000. Berita baik buat peniaga PKS dan usahawan mikro yang terjejas akibat wabak COVID-19. Untuk makluman, Bank Simpanan Nasional (BSN) telah memansuhkan kadar faedah 2 peratus kepada kosong peratus bagi BSN Micro/i Kredit Prihatin bagi membantu perusahaan kecil sederhana (PKS) termasuk usahawan mikro yang terjejas dengan penularan wabak COVID-19. Dalam BSN Micro/i Kredit Prihatin, sebanyak RM75,000 amaun pembiayaan maksimum diberikan kepada usahawan mikro yang lulus permohonan dengan tempoh pinjaman antara 1 hingga 5.5 tahun. Permohonan ini boleh dibuat dengan melayari laman Facebook BSN untuk menyemak senarai maklumat Pegawai BSN untuk dihubungi.

Permohonan BSN Micro-i Kredit Prihatin Terima Pembiayaan Maksimum RM75,000

BSN Micro/i Kredit Prihatin ialah skim pembiayaan atau pinjaman mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19.

Permohonan BSN Micro-i Kredit Prihatin Terima Pembiayaan Maksimum RM75,000

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang BSN Micro-i Kredit Prihatin termasuk memaparkan syarat kelayakan dan cara permohonan :

Syarat Kelayakan BSN Micro-i Kredit Prihatin

a. Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19

b. Perusahaan Mikro – Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd

c. Dimiliki oleh Warganegara Malaysia

d. Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan

e. Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa

Amaun Pembiayaan

Maksimum sehingga RM75,000 dalam tempoh pembiayaan / pinjaman BSN Micro/i Kredit Prihatin antara 1 hingga 5.5 tahun.

Keistimewaan

Keistimewaan BSN Micro/i Kredit Prihatin adalah moratorium 6 bulan ke atas pembayaran ansuran bulanan.

Cara Mohon BSN Micro-i Kredit Prihatin

Langkah 1 : Sila lawati Facebook BSN Malaysia untuk menyemak senarai maklumat Pegawai BSN yang berhampiran anda untuk dihubungi.

Langkah 2 : Semak dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan :

i. Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
ii. Salinan kad pengenalan semua pengarah/pemilik tunggal/rakan kongsi
iii. Penyata Akaun Bank Syarikat untuk 3 bulan terkini
iv. Lain-lain dokumen sekiranya diperlukan

Langkah 3 : Proses permohonan

Langkah 4 : Keputusan permohonan

Langkah 5 : Pembayaran bagi permohonan yang telah diluluskan

Nota :

a. Permohonan mestilah dilakukan melalui BSN sahaja, kami tidak melantik mana-mana agensi dan berhati-hati dengan scammer yang menyamar sebagai Pegawai BSN.

b. 6 hari bekerja selepas borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap diterima.

Permohonan BSN Micro-i Kredit Prihatin Terima Pembiayaan Maksimum RM75,000

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang senarai nama Pegawai BSN dan soalan lazim skim ini, sila rujuk di pautan ini :
https://www.facebook.com/pg/BSNMalaysia/photos/?tab=album&album_id=2846235868759648&tn=-UC-R

FAQ:
https://www.facebook.com/notes/bsn-malaysia/faq-bsn-micro-i-kredit-prihatin/2845605008822734/?tn=HH-R

Leave a Reply