Semakan Status Pembayaran BSH Fasa 3 2020 Online (Tarikh Bayaran)

Semakan Status Pembayaran BSH Fasa 3 2020 Online (Tarikh Bayaran). Bilakah tarikh bayaran Bantuan Sara Hidup Fasa 3 tahun 2020? Panduan buat penerima BSH tahun 2020 khususnya kepada golongan berpendapatan rendah B40 dan bujang. Untuk makluman menerusi portal rasmi BSH, bayaran Bantuan Sara Hidup 2020 Fasa Ketiga akan dikreditkan mulai 24 Julai 2020 secara berperingkat. Penerima BSH 2020 akan menerima tambahan RM100 yang akan dilakukan bersama Fasa 3 dengan melibatkan 5 juta penerima, iaitu 3.8 juta isi rumah dan 1.2 juta individu bujang. Bagi golongan isi rumah B40 termasuk bujang yang membuat permohonan baru BSH 2020 boleh semak status mulai 22 Julai 2020 menerusi portal rasmi BSH.

Semakan Status Pembayaran BSH Fasa 3 2020 Online (Tarikh Bayaran)

Penerima kategori isi rumah juga akan menerima tambahan RM120 bagi setiap anak bawah 18 tahun maksima 4 orang anak sahaja. Sebelum ini, kategori isi rumah telah menerima RM300 bagi fasa pertama pada bulan Januari 2020 dan pembayaran fasa kedua pula dibayar sebanyak RM200 pada 16 Mac 2020. Tahun ini, kategori tambahan telah disenaraikan dalam BSH 2020 iaitu bagi bujang berumur 40 tahun dan ke atas termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Semakan Status Pembayaran BSH Fasa 3 2020 Online (Tarikh Bayaran)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang BSH 2020 Fasa Ketiga termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan semakan status :

Tarikh Bayaran BSH Fasa 3

Penerima Bantuan Sara Hidup tahun 2020 akan menerima bayaran Fasa 3 bersama tambahan RM100 dengan RM120 untuk anak yang dijangka akan dikreditkan mulai 24 Julai 2020.

Cara Semak Status Bayaran BSH Fasa 3

1. Semakan status boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi portal BSH https://bsh.hasil.gov.my/.

2. Klik menu ‘Semakan Status Permohonan’ (Maklumat pembayaran BSH 2020).

3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan/ MyKad anda.

4. Isi captcha dan tekan butang ‘Semak’.

Setelah anda berjaya menyemak status permohonan, paparan status akan memaparkan maklumat di bawah:

  • Dalam proses pengkreditan: Anda hendaklah semak penyata akaun bank penerima bagi pembayaran pada akhir bulan Julai.
  • Tunai: Penunaian BSN dengan membawa MyKAD asal penerima apabila wujud Nombor Baucar pada semakan status anda.

Makluman Pembayaran BSH Fasa 3 Dan Tarikh Permohonan Rayuan

Semakan Status Pembayaran BSH Fasa 3 2020 Online (Tarikh Bayaran)
Semakan Status Pembayaran BSH Fasa 3 2020 Online (Tarikh Bayaran)
Foto Kredit : FB Kementerian Kewangan Malaysia

Sebarang keterangan lanjut tentang BSH, anda boleh ke laman web BSH https://bsh.hasil.gov.my/ atau hubungi Hotline BSH di 1-800-88-2747.

BACA JUGA : Cara Muat Turun Aplikasi MySejahtera & Claim Kredit RM50 eWallet

Leave a Reply