Benarkah Tambahan RM1000 Penerima BSH B40 Pada Bulan Jun? Berita baik buat rakyat Malaysia dimana kerajaan baharu, Perikatan Nasional masih meneruskan pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan berpendapatan rendah B40, M40 termasuk bujang dan OKU. Menurut portal BSH, penerima Bantuan Sara Hidup tahun 2020 telah menerima bayaran sebanyak RM300 bagi fasa pertama dan RM200 bagi fasa kedua. Tambahan lagi, penerima B40 termasuk M40 dan Bujang turut menerima bantuan khas iaitu Bantuan Prihatin Nasional bagi meringankan beban kewangan rakyat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19.
Baru-baru ini isu tentang bayaran tambahan RM1000 menjadi bualan di media sosial dimana Menteri Kewangan Malaysia ada menyatakan akan memberi bayaran tambahan berjumlah RM1000 pada bulan Jun 2020 untuk penerima BSH. Dalam satu sesi temubual dalam program Soal Rakyat, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ada membincangkan atau kongsikan tentang pemberian bantuan kepada golongan berpendapatan rendah B40 yakni akan menerima RM1600 untuk Bantuan Prihatin Nasional dan tambahan RM1000 untuk penerima BSH.
Benarkah Tambahan RM1000 Penerima BSH B40 Pada Bulan Jun?
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Sara Hidup tahun 2020 termasuk memaparkan tarikh dan jumlah bayaran bagi golongan B40 :
Apa Definisi Golongan B40?
B40 adalah golongan berpendapatan rendah yang merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang berada pada kedudukan paling bawah dari aspek pendapatan isi rumah. Golongan B40 juga merujuk kepada berpendapatan isi rumah di bawah RM4,000.
Tarikh dan Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup
Menurut kefahaman admin, kenyataan daripada Menteri Kewangan Malaysia adalah, menjelaskan golongan B40 akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM2600 keseluruhan dalam masa tiga bulan dimana RM1,600 untuk Bantuan Prihatin Nasional dan RM1,000 lagi untuk BSH.
Jika dihayati semula, penerima Bantuan Sara Hidup tahun 2020 akan menerima bayaran sebanyak RM1,000 dalam tiga fasa iaitu bulan Januari, Mac (asal Mei) dan dijangka bulan Julai (asal Ogos). Penerima BSH telah menerima bayaran sebanyak dua fasa iaitu 20 Januari 2020 (RM300) dan fasa kedua diawalkan ke pada 16 Mac 2020 (RM200) ekoran penularan wabak Covid-19.
Mudah kata, anda akan menerima baki BSH iaitu sebanyak RM500 untuk fasa ketiga dijangka dikreditkan ke akaun pada bulan Julai 2020. Dimanakah jumlah tambahan RM1000 itu datang? Sebenarnya tiada jumlah tambahan yang ada cuma baki bayaran BSH tahun 2020 bagi golongan B40.
Video Temubual Menteri Kewangan Dalam Soal Rakyat
Seandainya kerajaan memberi bantuan tambahan yang lain kepada rakyat Malaysia itu satu berita gembira buat kita semua. Buat masa sekarang anda jangan buat andaian tentang bantuan tambahan tersebut dan rujuk maklumat yang sahih di portal BSH.
Terima kasih membaca.
BACA JUGA : Semakan Dan Tarikh Bayaran Tambahan BSH RM100 + RM50 e-Tunai
Help me I’m oku