Semakan Senarai Majikan Yang Lulus Bayaran Program Subsidi Upah (PSU) PERKESO Online

Semakan Senarai Majikan Yang Lulus Bayaran Program Subsidi Upah (PSU) PERKESO Online. Nak semak bayaran Program Subsidi Upah? Panduan buat anda yang telah membuat permohonan Program Subsidi Upah PERKESO. Untuk makluman, kini para majikan atau pekerja boleh semak senarai majikan yang lulus bayaran Program Subsidi Upah (PSU) menerusi portal rasmi prihatin.perkeso.gov.my. Bagi anda yang layak nama majikan akan dipaparkan dan menerima bayaran sehingga RM1,200. Program ini telah diperkenalkan oleh kerajaan pada 1 April lalu untuk membantu majikan yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19.

Semakan Senarai Majikan Yang Lulus Bayaran Program Subsidi Upah (PSU) PERKESO Online

Sejak Program Subsidi Upah diperkenalkan pada 1 April 2020 sehingga 20 Mei 2020, PERKESO telah menerima 299,166 permohonan daripada majikan yang mewakili 2.4 juta pekerja. Seperti sebelum ini, majikan perusahaan mikro dan kecil adalah yang paling banyak memohon. Sehingga kini, kerajaan telah meluluskan 94 peratus daripada jumlah keseluruhan permohonan, atau 281,469 permohonan. Yang selebihnya masih dalam tindakan, berada di peringkat kuiri, ataupun ditolak kerana tidak memenuhi syarat-syarat program.

Semakan Senarai Majikan Yang Lulus Bayaran Program Subsidi Upah (PSU) PERKESO Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Subsidi Upah PERKESO termasuk memaparkan aplikasi semakan :

Apa Itu Program Subsidi Upah

Subsidi Upah adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah untuk tempoh 3 bulan sahaja. Tujuan Program Subsidi Upah ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Jumlah Bayaran Program Subsidi Upah PERKESO

A. Syarikat mempunyai pekerja 1-75 orang

Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja.

B. Syarikat mempunyai pekerja 76-100 orang

Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.

C. Syarikat mempunyai pekerja lebih 200 orang

Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja di kekalkan. Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.

Cara Semak Status Kelulusan Program Subsidi Upah PERKESO

Majikan dan pekerja boleh menyemak senarai nama majikan yang telah diluluskan permohonan Program Subsidi Upah. Semakan boleh dibuat di pautan ini https://prihatin.perkeso.gov.my/psu/

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 03-4264 5555 / 03-8091 5100 / 1-300-22-8000 atau e-mel kepada aduansip@perkeso.gov.my

BACA JUGA : Soalan Lazim Program Subsidi Upah PERKESO

Leave a Reply