Senarai Lokasi Kamera AES 2018 Terkini

Senarai Lokasi Kamera AES 2018 Terkini | Pastinya pengguna jalan raya ingin tahu lokasi kamera AES terkini di Malaysia? Seperti anda tahu, pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) adalah untuk mengawal kadar kemalangan di jalan raya yang kerap berlaku. Dengan secara tak langsung lokasi panas ini tidak berlakunya kemalangan. Panduan buat anda berikut adalah senarai lokasi kamera AES terkini di Malaysia tahun 2018.

Senarai Lokasi Kamera AES 2018 Terkini

Apa Itu AES?

Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

Bagaimana AES Beroperasi?

AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalulintas di lakukan di kawasan sering berlaku kemalangan sahaja. Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AES (Control Center). Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/ pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/ pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ. Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).

Senarai Lokasi Kamera AES 2018 Terkini

Berikut adalah senarai lokasi pemasangan kamera AES Terkini di seluruh negeri Malaysia termasuk lokasi bayaran saman :

Lokasi Kamera Had Laju

1. KM375.9 PLUS Expressway – Slim

River (Arah Utara)

2. KM 7, Jalan Maharajalela, Teluk

Intan (Arah ke Bagan Datoh)

3. KM91, Jalan Ipoh – Butterworth (Arah ke Selatan)

4. KM85.5, Jalan Ipoh – Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)

5. KM204.6, PLUS Expressway –Taiping

(Arah ke Utara)

6. KM6.6, Jalan Kajang / Puchong

(SKVE)

7. Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya Z0022 Putrajaya (Kajang menuju ke PICC)

8. Jalan Persiaran Timur, Putrajaya Z0002 Putrajaya (PICC menuju ke Kajang)

9. KM D7.9 Sungai Besi, Kuala Lumpur E0002 Jalan Duta (Arah ke Selatan)

10. KM301.6 PLUS Expressway- Kajang (Arah ke Utara)

Lokasi Baru Bagi Had Laju

11. KM 151.4 Lebuhraya Plus – Pagoh

12. KM299.9 Lebuhraya Plus – Kampar

13. KM17 Gua Musang – Kuala Krai

14. KM96.3 Lebuhraya Plus – Kuala Muda

15. KM256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2

16. KM288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2

17. KM146.8 Lebuhraya Plus – Pagoh

Grafik Lokasi Kamera AES Terkini 2018

Senarai Lokasi Kamera AES 2018 Terkini

Senarai Lokasi Kamera AES 2018 Terkini

Lokasi Bayaran Saman AES

Bayaran saman AES boleh dibuat di lokasi berikut :

● Semua cawangan JPJ Negeri

● Kiosk MYEG

● Portal JPJ hanya menggunakan Master Card dan VISA sahaja.

Semoga perkongsian ini tentang senarai lokasi pemasangan AES dapat dijadikan rujukan buat anda sebagai pengguna jalan raya. Memandu secara berhemah dan menuju destinasi dengan selamat.

Sumber : JPJ

Leave a Reply