Semakan Kelulusan Geran Khas Prihatin Online Mulai 3 Jun 2020 (Tarikh Bayaran)

Semakan Kelulusan Geran Khas Prihatin Online Mulai 3 Jun 2020 (Tarikh Bayaran). Panduan buat anda yang telah membuat permohonan Geran Khas Prihatin (GKP). Bilakah tarikh bayaran Geran Khas Prihatin? Untuk makluman, semakan status Geran Khas Prihatin boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 3 Jun 2020 menerusi portal GKP Hasil. Bagi anda yang berstatus lulus akan menerima bayaran sebanyak RM3000. Manakala, bagi anda yang gagal boleh kemukakan rayuan GKP mulai 3 Jun hingga 15 Jun 2020.

Semakan Kelulusan Geran Khas Prihatin Online Mulai 3 Jun 2020 (Tarikh Bayaran)

Sepanjang tempoh permohonan GKP dibuka mulai 1 Mei sehingga 15 Mei 2020. LHDNM telah menerima sebanyak 642,976 permohonan dan sebanyak 488,857 permohonan telah diluluskan. Pemohon GKP yang diluluskan akan menerima bayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank masing-masing mulai 15 Jun 2020. Bagi permohonan yang masih dalam semakan, keputusan permohonan akan dimaklumkan mulai 8 Jun 2020. Selain daripada Geran Khas PRIHATIN, kerajaan turut mengumumkan Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP) dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Semakan Kelulusan Geran Khas Prihatin Online Mulai 3 Jun 2020 (Tarikh Bayaran)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Geran Khas PRIHATIN RM3000 termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan aplikasi semakan :

Tarikh Semakan : Mulai 3 Jun 2020

Jumlah Bayaran Geran Khas Prihatin PKS

Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.

Tarikh Bayaran Geran Khas Prihatin 2020

Pembayaran Geran Khas Prihatin akan dibuat pada 15 Jun 2020.

Nota : Bagi anda yang berjaya akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing.

Cara Semak Status Geran Khas Prihatin Online

  1. Semakan boleh dibuat di laman web GKP Hasil https://gkp.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, klik Log Masuk dan masukkan ID Pengguna yang disahkan.
  3. Klik pada butang ‘Semak’.
  4. Kemudian, anda akan dipaparkan maklumat seperti Nama, No. MyKad dan Status Permohonan.
  5. Klik pada ‘Status Permohonan’ untuk ketahui permohonan sama ada LULUS atau GAGAL.
  6. Tahniah kepada yang LULUS.

Cara Rayuan Geran Khas PRIHATIN RM3000

Bagi anda yang berstatus gagal boleh membuat permohonan rayuan GKP secara online mulai 3 Jun sehingga 15 Jun 2020 melalui portal rasmi GKP https://gkp.hasil.gov.my/

Semakan Kelulusan Geran Khas Prihatin Online Mulai 3 Jun 2020 (Tarikh Bayaran)
Semakan Kelulusan Geran Khas Prihatin Online Mulai 3 Jun 2020 (Tarikh Bayaran)

Sebarang pertanyaan lanjut tentang GKP, sila menghubungi :

  • HASIL Care Line: 03 – 89111000
  • Laman Web LHDN: http://www.hasil.gov.my/

Leave a Reply