Semakan Duit Masuk BPN 2.0 Online Untuk Isi Rumah & Bujang

Semakan Duit Masuk BPN 2.0 Online Untuk Isi Rumah & Bujang. Bilakah tarikh pembayaran BPN 2.0? Panduan buat rakyat Malaysia yang menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0. Untuk makluman, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan tarikh bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 bermula pada 26 Oktober 2020 kepada golongan berpendapatan rendah B40 dan M40 termasuk bujang. Menurut informasi terkini, pemegang akaun BSN telah menerima bayaran BPN 2.0 lebih awal pada 19 Oktober 2020 secara berperingkat.

Semakan Duit Masuk BPN 2.0 Online Untuk Isi Rumah & Bujang

Semakan Duit Masuk BPN 2.0 Online Untuk Isi Rumah & Bujang

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional 2.0 termasuk memaparkan tarikh, kadar bayaran dan semakan status :

Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Bagi penerima Bantuan Prihatin Nasional sebelum ini bayaran BPN 2.0 akan dikreditkan sebanyak dua kali iaitu pada 26 Oktober 2020 dan Januari 2021.

Kaedah Bayaran BPN 2.0

Bagi anda yang mempunyai akaun bank akan terus dimasukkan ke akaun masing-masing mulai 26 Oktober 2020.

Manakala yang tidak memiliki akaun bank, anda boleh perlu menyemak nombor siri BPN 2.0 untuk penunaian Bantuan Prihatin Nasional di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Semakan Status Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0

  1. Semakan status BPN boleh disemak secara online di portal BPN https://bpn.hasil.gov.my.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad yang didaftarkan.
  3. Tekan butang Cari.
  4. Akan dipaparkan status sama ada lulus atau gagal termasuk jumlah bayaran diterima

Cara Semakan Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Bagi pemegang bank boleh semak bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 secara online menerusi internet perbankan online masing-masing.

Bukti Bayaran BPN 2.0

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian :

  • Kementerian Kewangan : No. telefon : 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : bsh@treasury.gov.my atau pre2020@treasury.gov.my
  • Facebook : Kementerian Kewangan Malaysia
  • LHDNM : No. telefon : 1-800 882 747 / 03-8911 1000

BACA JUGA : Cara Permohonan Baru BPN 2.0 Secara Online

Leave a Reply