Pendaftaran eKasih Dan Semakan Status, Dapat Bantuan Kerajaan!

Pendaftaran eKasih Dan Semakan Status, Dapat Bantuan Kerajaan! Nak daftar eKasih? Berita baik buat rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah RM1,500 ke bawah sebulan. Untuk makluman, kini pendaftaran dan semakan status permohonan e-Kasih boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi portal rasmi eKasih atau hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)/ Pejabat Daerah yang berdekatan.

Pendaftaran eKasih Dan Semakan Status, Dapat Bantuan Kerajaan!

e-Kasih adalah merupakan satu pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan oleh kerajaan untuk membantu, melaksana dan membasmi masalah kemiskinan di Malaysia. Semua Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 (bandar) dan RM1,000 (luar bandar) sebulan layak memohon e-Kasih. Terdapat banyak kelebihan bagi penerima eKasih antaranya iaitu rebat elektrik RM40, program i-Suri KWSP dan Bantuan Sara Hidup.

Pendaftaran eKasih Dan Semakan Status, Dapat Bantuan Kerajaan!

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang e-Kasih termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara daftar dan semakan status serta soalan lazim :

Apa Itu eKasih?

eKasih adalah satu sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), Maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

Syarat Kelayakan Pendaftaran eKasih

Golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa boleh mendaftar. Antara syarat-syarat kelayakan pendaftaran eKasih adalah iaitu :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Ketua isi rumah berkeluarga
  3. Berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500

Cara Pendaftaran eKasih

Bagi individu yang layak boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah atau melalui telefon, surat atau e-mel rasmi atau membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

Semak Status Pendaftaran eKasih Online

  1. Untuk membuat semakan status permohonan e-Kasih boleh dibuat menerusi https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  2. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan dan ‘Klik Untuk Carian’.

Senarai Bantuan Kerajaan Melalui eKasih

1. i-Suri KWSP

Bagi suri rumah yang tersenarai dalam eKasih boleh membuat caruman KWSP menerusi i-Suri.

2. Bantuan bil elektrik percuma

Bagi yang tersenarai dalam eKasih layak mendapat rebat RM40 elektrik TNB percuma setiap sebulan.

3. Bantuan Sara Hidup

Bagi penerima eKasih layak menerima Bantuan Sara Hidup mengikut kadar bayaran ditetapkan oleh kerajaan.

Nota : Untuk soalan lazim eKasih boleh dirujuk disini.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang e-Kasih, sila layari laman web e-Kasih https://ekasih.icu.gov.my.

BACA JUGA :

Leave a Reply