Semakan Nombor Baucar BPN Pembayaran Tunai Di BSN Mulai 15 Mei

Semakan Nombor Baucar BPN Pembayaran Tunai Di BSN Mulai 15 Mei. Panduan buat pemohon yang nak buat penunaian Bantuan Prihatin Nasional di kaunter BSN. Sehingga kini, kerajaan telah menyalurkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada 10.7 juta penerima golongan berpendapatan rendah B40 termasuk M40 dan Bujang. Namun ada penerima yang gagal dikreditkan ke akaun bank walaupun status permohonan diluluskan. Untuk makluman, kini penerima boleh menyemak nombor siri BPN bagi fasa kedua untuk penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Anda perlu menyemak nombor siri BPN di portal BPN bpn.hasil.gov.my.

Semakan Nombor Baucar BPN Pembayaran Tunai Di BSN Mulai 15 Mei

Semakan Nombor Baucar BPN Pembayaran Tunai Di BSN Mulai 15 Mei

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang nombor siri Bantuan Prihatin Nasional termasuk memaparkan cara dapatkan dan tunaikan nombor siri di kaunter BSN :

Menurut sumber, penunaian Bantuan Prihatin Nasional Di Kaunter BSN bagi fasa kedua boleh dibuat mulai 14 Mei hingga 31 Disember 2020.

Apa Itu Nombor Siri BPN

Nombor siri BPN ini dikhususkan kepada pemohon yang lulus Bantuan Prihatin Nasional tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif atau gagal kredit untuk keluarkan wang bantuan tersebut. Bagi anda yang tidak memiliki akaun bank akan memiliki nombor siri BPN untuk keluarkan bayaran bantuan secara tunai di Bank Simpanan Nasional.

Artikel Berkaitan : Cara Daftar MyBSN Online Banking

Kaedah Semakan Nombor Siri BPN Online

  1. Semakan boleh dibuat secara online di laman web rasmi BPN https://bpn.hasil.gov.my.
  2. Masukkan No MyKad dan CAPTCHA, klik SEMAK.
  3. Klik pada ‘PAPARAN MAKLUMAT BAYARAN’.
  4. Masukkan KATA LALUAN anda, klik LOG MASUK.
  5. Klik pada MAKLUMAT BAYARAN.
  6. Nombor Siri akan dipaparkan di No. Baucar.

Nota : Sekiranya No. Baucar BPN belum keluar harap anda bersabar kerana akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Semakan Nombor Baucar BPN Pembayaran Tunai Di BSN Mulai 15 Mei
Contoh

Cara Penunaian Bantuan Prihatin Nasional Di Kaunter BSN

Penerima boleh hadir ke kaunter BSN setelah Nombor Siri wujud pada paparan Maklumat Pembayaran dan penunaian boleh dibuat di Kaunter BSN mulai 14 Mei 2020. Penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad dan Nombor Siri yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran. Penerima perlu membuat penunaian di Kaunter BSN selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020.

Nota : Sila klik https://bit.ly/BSN-BPN untuk soalan lazim (FAQ) mengenai pembayaran BPN.

Semakan Nombor Baucar BPN Pembayaran Tunai Di BSN Mulai 15 Mei

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau pautan berikut:

  • Kementerian Kewangan : 03-8882 9089/ 03-8882 9087/ 03-8882 9191/ 03-8882 4565/ 03-8882 4566
  • LHDNM : 1-800 882 747/ 03-8911 1000

Leave a Reply