eTunai Rakyat 2020 : Pendaftaran dan Cara Tebus RM30 Kredit eWallet

eTunai Rakyat 2020 : Pendaftaran dan Cara Tebus RM30 Kredit eWallet. Apakah syarat permohonan dan cara tebus e-Tunai Rakyat 2020? Berita baik buat rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas dan berpendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 dimana kerajaan ada peruntukan RM30 kredit e-wallet melalui program e-Tunai Rakyat. Dalam pembentangan Belanjawan Malaysia 2020 lalu, kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan satu program atau bantuan baharu iaitu e-Tunai Rakyat yang berkelayakan akan menerima RM30 kredit e-wallet. Penebusan RM30 kredit e-Tunai Rakyat boleh dibuat bermula daripada 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020.

eTunai Rakyat 2020 : Pendaftaran dan Cara Tebus RM30 Kredit eWallet

Antara dompet digital (eWallet) yang terpilih dalam pelaksanaan e-Tunai Rakyat adalah Touch n’Go, Boost dan Grabpay. Tujuan utama kerajaan memperkenalkan inisiatif e-Tunai Rakyat untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai di kalangan rakyat Malaysia. Melalui program ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM450 juta kepada 15 juta rakyat Malaysia yang akan menerima manfaat inisiatif eTunai Rakyat.

eTunai Rakyat 2020 : Pendaftaran dan Cara Tebus RM30 Kredit eWallet

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program e-Tunai Rakyat 2020 termasuk memaparkan tarikh pendaftaran, syarat kelayakan serta cara penebusan RM30 kredit e-wallet :

Apakah itu e-dompet?

e-Dompet atau eWallet merupakan dompet digital yang mempunyai fungsi penyimpanan wang dan membolehkan aktiviti membeli-belah secara digital. Mudah kata anda boleh buat pembelian barang melalui secara dalam talian. Perkhidmatan e-Dompet disediakan oleh pengendali e-Dompet yang mempunyai lesen daripada Bank Negara.

Syarat Kelayakan Program e-Tunai Rakyat 2020

Antara syarat-syarat asas yang perlu anda penuhi dalam program eTunai Rakyat adalah seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad.

2. Berumur 18 tahun dan ke atas bermula tahun 2020.

3. Pendapatan tahunan kurang dari RM100,000.

Cara Pendaftaran e-Tunai Rakyat RM30

1. Klik “Buka Akaun” di laman log masuk.

2. Masukkan nombor telefon dan juga OTP yang dihantar kepada anda.

3. Tetapkan PIN 6-digit dan soalan keselamatan anda.

4. Masukkan maklumat peribadi anda dan anda sudah sedia untuk gunakan.

Cara Tebus eTunai Rakyat RM30 Kredit eWallet

Ikuti langkah-langkah berikut untuk penebusan RM30 kredit e-Tunai Rakyat iaitu :

A. Guna Touch ‘N Go eWallet

1. Pertama kali, anda perlu memuat turun (download) aplikasi Touch ‘N Go eWallet.

2. Daftar dan masukkan maklumat yang diperlukan.

3. Sahkan atau verify akaun anda dengan masukkan MyKad.

4. Claim e-kredit RM30 pada 15 Januari 2020.

B. Guna Boost

1. Pertama kali, anda perlu memuat turun (download) aplikasi Boost di Apps Store atau Google Play.

2. Daftar dan masukkan maklumat yang diperlukan.

3. Sahkan akaun anda dan upgrade ke akaun premium dengan masukkan MyKad

4. Dapatkan RM5 cashback jika anda belanja RM10 pertama.

5. Klik ‘Get ready to claim e-Tunai’ dan ikut arahan yang diberikan.

6. Claim e-kredit RM30 pada 15 Januari 2020.

C. Guna GrabPay

1. Pertama kali, anda perlu muat turun (download) aplikasi Grab.

2. Aktifkan GrabPay yang ada dalam aplikasi tersebut.

3. Masukkan nama dan nombor kad pengenalan anda.

4. Ambil gambar kad pengenalan dan klik butang ‘Hantar’.

5. Anda akan menerima pengesahan dan boleh digunakan untuk penebusan e-kredit RM30.

Cara Bayaran e-Tunai Rakyat 

Anda akan menerima nilai RM30 kredit secara sekaligus sahaja ke dalam e-Dompet masing-masing. Anda boleh membeli sebarang produk dan perkhidmatan dalam negara yang ditawarkan dalam aplikasi e-Dompet yang berlibat. Hanya boleh digunakan sehingga 14 Mac 2020 sahaja.

Untuk maklumat lanjut tentang e-Tunai Rakyat, sila layari laman web Touch ‘n Go e-Wallet (www.tngdigital.com.my), Boost (www.myboost.com.my), dan GrabPay (www.grab.com/my/pay/)

Sumber

Leave a Reply