Semakan Keputusan PSPM Sesi 2017/2018 Online

Semakan Keputusan PSPM Sesi 2017/2018 Online | Adakah anda calon Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) sesi 2017/2018? Panduan buat anda untuk membuat semakan keputusan PSPM bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) dan Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) sesi 2017/2018 untuk melanjutkan pengajian ke IPTA di Malaysia. Menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), calon PSPM, PST, Semester I, Sesi 2017/2018 dan PSPM, PDT,Semester I & III, Sesi 2017/2018 boleh membuat semakan keputusan peperiksaan PSPM sesi 2017/2018 mulai 27 Disember 2017 (Rabu) jam 10.00 pagi.

Semakan Keputusan PSPM Sesi 2017/2018 Online

Untuk pengetahuan, Program Matrikulasi KPM adalah satu program persediaan bagi pelajar bumiputera dan 10% bukan bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan pelajar mengikuti kursus peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree) dalam bidang sains, teknologi dan sastera di Universiti Awam (UA) Malaysia.

Semakan Keputusan PSPM Sesi 2017/2018 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat penting tarikh semakan keputusan PSPM sesi 2017/2018 untuk Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) dan Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester I dan III :

Tarikh Semakan Keputusan PSPM 2017/2018

Berikut adalah tarikh penting semakan keputusan PSPM sesi 2017/2018 :

A. Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Semester I Sesi 2017/18

○ Keputusan PSPM (PST) Sesi 2017/18 akan diumumkan pada Hari Rabu, 27 Disember 2017 jam 4 petang.

B. Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester I Sesi 2017/18

○ Keputusan PSPM (PDT) Sesi 2017/18 akan diumumkan pada Hari Rabu, 27 Disember 2017 jam 4 petang.

C. Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester III Sesi 2017/18

○ Keputusan PSPM (PDT) Sesi 2017/18 akan diumumkan pada Hari Rabu, 27 Disember 2017 jam 4 petang.

Nota : Semua tarikh semakan keputusan PSPM ini adalah tertakluk kepada perubahan dan pindaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Cara Semakan Keputusan PSPM 2017/2018

Keputusan PSPM sesi 2017/2018 boleh disemak dengan 4 cara melalui kaedah seperti ;

1. Semak Keputusan PSPM 2017/2018 Online

○ Layari ke laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/system/peperiksaan/index.cfm dan masukkan nombor kad pengenalan calon.

2. Semak Keputusan PSPM 2017/2018 Melalui SMS

○ Taipkan MOE<jarak>MAK<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar SMS ke 15888.

3. Ke Kolej Masing-masing

○ Edaran slip keputusan peperiksaan.

4. Panggilan Telefon

○ Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-8884 4020 atau 03-8884 4108 atau 03-8884 4083.

Nota Penting :

● Syarat kelayakan meneruskan pengajian perlu merujuk Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) dan Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT),

● Calon-calon yang ingin membuat rayuan semak semula keputusan boleh merujuk syarat/ peraturan semak semula keputusan peperiksaan di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my.

Semoga perkongsian tentang cara semakan keputusan PSPM sesi 2017/2018 ini dapat dijadikan panduan para calon menyemak keputusan PSPM masing-masing. Selamat maju jaya dan moga mendapat keputusan peperiksaan dengan cemerlang.

Sumber : KPM

Leave a Reply