Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022 BKNS Online (Semakan Status)

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022 BKNS Online (Semakan Status). Anda ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) dalam peringkat Diploma dan Ijazah Muda? Berita baik buat anak jati Sabah dan Wilayah Labuan yang memerlukan bantuan pinjaman pelajaran atau biasiswa untuk kemasukan ke UA/ IPTA ambilan 2022. Untuk makluman bagi anda yang berkelayakan boleh mohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) tahun 2021 secara online menerusi laman web rasmi BKNS.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022 BKNS Online (Semakan Status)

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) adalah merupakan biasiswa pendidikan yang ditawarkan kepada pelajar yang menyambung pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah Pertama di universiti tempatan. Permohonan BKNS dijangka boleh dibuat pada pertengahan bulan Mac 2021 selepas pengumuman keputusan SPM 2020 menerusi portal rasmi www.biasiswa.sabah.gov.my.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022 BKNS Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) termasuk memaparkan syarat kelayakan, bidang layak pengajian dan aplikasi online :

Syarat Kelayakan Permohonan BKNS

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah adalah seperti berikut :

Had Umur : 

○ Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.

○ Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.

Kelayakan Akademik :

A. Kursus Diploma

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon. Lulus dengan kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar.

B. Kursus Sarjana Muda

1. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.3. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.

2. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.

3. Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.

4. Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.

5. Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.

C. Perubatan, Pergigian dan Farmasi

1. Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/ Diploma/ Matrikulasi. Tawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.

2. Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.

Bidang dan Peringkat Pengajian Ditaja

1. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)

● Juruukur                  ● Pertanian

● Jurukur Bahan        ● Perakaunan

● Kejuruteraan           ● Sains Tulen

● Kesihatan dan Perusahaan Ternak

● Seni Bina (Architecture)

● Pengurusan Hartanah

● Teknologi Maklumat

2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)

● Akuakultur              ● Sains Komputer

● Perikanan               ● Pertanian

● Farmasi                  ● Perubatan

● Perhutanan            ● Kejuruteraan

● Komunikasi            ● Psikologi

● Matematik              ● Sains Alam Sekitar

● Muzik                       ● Sains Biologi Marin

● Pengajian Islam     ● Perikanan

● Perhutanan             ● Undang-Undang

Cara Permohonan BKNS 2021 Online

Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan BKNS secara atas talian (online) di laman web http://www.biasiswa.sabah.gov.my/. Setiap pemohon wajib ada emel yang aktif sahaja untuk permohonan.

Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web www.biasiswa.sabah.gov.my.

One Response

  1. Nur zaleha September 15, 2021

Leave a Reply