Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA Online | Adakah anda kakitangan awam? Panduan buat anda yang ada buat pinjaman perumahan kerajaan LPPSA, dimana kini anda boleh membuat Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan secara online dan menerusi SMS. Untuk makluman anda, bermula 1 Januari 2016 Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) telah dijenama semula kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara semakan baki pinjaman perumahan kerajaan termasuk aplikasi online :
A. Semakan Secara Online
Semakan pinjaman perumahan kerajaan secara online boleh dibuat di Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu pada pautan berikut:
○ Aplikasi Online : SPPB LPPSA
○ Bagi Pengguna baru diingatkan untuk mendaftar akaun terlebih dahulu sebelum mengakses ke laman web tersebut. Daftar disini.
○ Sila pilih klasifikasi perkhidmatan iaitu diantara : Perkhidmatan Awam, Polis, Tentera, Badan Berkanun & LPPSA.
○ Pilih gelaran.
○ Isikan nama dalam Kad Pengenalan.
○ Ikuti langkah-langkah seterusnya sehingga selesai.
* Pengguna boleh merujuk langkah-langkah secara manual di PANDUAN SBBP. Bagi pengguna yang telah mendaftar akan dapat mengakses perkhidmatan seperti berikut :
● Semakan Status Permohonan Baru
● Semakan Status Baki Pinjaman
● Semakan Status Bayaran Kemajuan
● Semakan Penyata Tahunan
● Semakan Bayaran Balik Pinjaman
Untuk membuat semakan online baki pinjaman perumahan kerajaan seperi berikut ;
1. Layari ke laman rasmi di pautan https://sppb.lppsa.gov.my/v2/.
2. Sila login masuk dan masukkan password anda yang telah didaftar.
B. Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Melalui SMS
Selain online, anda boleh menggunakan kaedah cara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk menyemal baki pinjaman perumahan kerajaan seperti berikut ;
○ Taipkan: LPPSA <jarak> BAKI <jarak> No. Kad Pengenalan dan hantar SMS ke 15888
○ Contoh : LPPSA BAKI 766542265672 dan hantar SMS ke 15888.
* Caj penghantaran dikenakan sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20 (tidak termasuk GST).
Untuk sebarang keterangan lanjut boleh dapatkan maklumat disini ;
Pusat Panggilan Utama : 03 – 8880 1600
No.9, Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya
www.lppsa.gov.my.
Selamat membuat semakan baki pinjaman perumahan kerajaan secara online dan SMS. Semoga perkongsikan ini dijadikan panduan buat anda semua.