Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA 2020 Online. Panduan buat penjawat awam di Malaysia yang ingin membeli rumah pertama. Sepertimana anda tahu kakitangan awam mempunyai banyak kelebihan antaranya iaitu pinjaman perumahan. Tetapi, sebenarnya ramai yang tidak tahu cara untuk membuat pinjaman perumahan kerajaan? Bagi pemohon yang berkelayakan boleh mohon pinjaman perumahan kerajaan secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi https://lms.lppsa.gov.my.
Sebelum ini pinjaman perumahan di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia. Namun kini telah ditukarkan dan dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Terdapat dua (2) jenis Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan iaitu Skim Pembiayaan Perumahan SPPP adalah skim pembiayaan secara konvensional dan Skim Pembiayaan Perumahan SPPI menggunakan konsep Al-Bai Bithaman Ajil.
Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA 2020 Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA termasuk memaparkan syarat kelayakan dan cara mohon :
Syarat Asas Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA
Antara syarat-syarat kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA adalah seperti berikut :
○ Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap.
○ Warganegara Malaysia.
○ Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara (bagi penjawat awam Skim Berpencen) dan 5 tahun sebelum tamat perkhidmatan (bagi penjawat awam Skim KWSP).
○ Berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun.
○ Telah disahkan dalam jawatan.
○ Bukan seorang muflis @ si berhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib.
○ Perjanjian jual beli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam.
○ Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.
Cara Permohonan Pinjaman Perumahan Kerja Online
1. Bagi pengguna kali pertama dikehendaki membuat pendaftaran ID Pengguna terlebih dahulu menerusi laman web https://lms.lppsa.gov.my/JACCESS/portal/
2. Lengkapkan maklumat yang dikehendaki.
3. Selepas selesai buat pendaftaran, anda boleh login masuk semula ke laman tersebut untuk membuat permohonan pinjaman perumahan kerajaan.
Carta Alir Proses Permohonan Pinjaman Perumahan Online
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi di talian :
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Kompleks Kementerian Kewangan,
No.9, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya
Pusat Panggilan Utama : 03 – 8880 1600
BACA JUGA : Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA Online