RASMI: Bayaran BSH Fasa 3 Bagi Bujang RM400 (Akhir Julai)

RASMI: Bayaran BSH Fasa 3 Bagi Bujang RM400 (Akhir Julai). Bilakah tarikh bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa 3 tahun 2020? Panduan buat penerima BSH tahun 2020 dimana menerusi portal rasmi BSH, bayaran Fasa Ketiga dijangka akan dikreditkan sebelum akhir bulan Julai. Untuk makluman, penerima BSH 2020 akan menerima tambahan RM100 yang akan dilakukan bersama Fasa 3 dan melibatkan 5 juta penerima, iaitu 3.8 juta isi rumah dan 1.2 juta individu bujang. Bagi golongan isi rumah B40 termasuk bujang yang membuat permohonan baru BSH boleh semak status masing-masing menerusi portal BSH.

RASMI: Bayaran BSH Fasa 3 Bagi Bujang RM400 (Akhir Julai)

Penerima kategori isi rumah juga akan menerima tambahan RM120 bagi setiap anak bawah 18 tahun maksima 4 orang anak. Sebelum ini, kategori isi rumah telah menerima RM300 pada bulan Januari 2020 dan pembayaran fasa kedua BSH pula dibayar berjumlah RM200 pada 16 Mac 2020. Tahun ini, kategori tambahan telah disenaraikan dalam BSH 2020 iaitu bagi bujang berumur 40 tahun dan ke atas termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

RASMI: Bayaran BSH Fasa 3 Bagi Bujang RM400 (Akhir Julai)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang BSH 2020 Fasa 3 bersama tambahan RM100 dengan RM120 untuk anak termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan semakan status :

Kategori dan Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup 2020 (Fasa 3)

  • Isi rumah pendapatan kurang RM2000 akan menerima BSH RM600
  • Isi rumah pendapatan antara RM2000-RM3000 akan menerima BSH RM350
  • Isi rumah pendapatan antara RM3000-RM4000 akan menerima BSH RM100
  • Bujang (40 tahun ke atas) pendapatan kurang RM2000 akan menerima BSH RM400

Penerima kategori isi rumah juga akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak (bawah 18 tahun) maksima 4 orang anak.

Contoh : Isi rumah berpendapatan kurang RM2000 dengan 4 orang anak akan mendapat RM1080 (RM600 + RM120 + RM120 + RM120 + RM120).

RASMI: Bayaran BSH Fasa 3 Bagi Bujang RM400 (Akhir Julai)

Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3 2020

Penerima Bantuan Sara Hidup akan menerima bayaran Fasa 3 bersama tambahan RM100 dengan RM120 untuk anak yang dijangka dikreditkan ke akaun bank masing-masing pada sebelum akhir bulan Julai 2020. Tarikh bayaran BSH Fasa 3 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Cara Semak Status BSH 2020 Online

1. Semakan status boleh dibuat secara online menerusi portal BSH https://bsh.hasil.gov.my/.

2. Klik menu ‘Semakan Status Permohonan’ (Maklumat pembayaran BSH 2020).

3. Kemudian, masukkan Nombor MyKad.

4. Isi captcha dan tekan butang ‘Semak’.

Nota : Status kelulusan BSH 2020 bagi permohonan baharu dan rayuan akan diumumkan dalam masa terdekat jangkaan pada Julai 2020.

Sebarang keterangan lanjut tentang BSH, anda boleh ke laman web BSH di https://bsh.hasil.gov.my/ atau terus hubungi Hotline BSH di 1-800-88-2747.

BACA JUGA : Cara Muat Turun Aplikasi MySejahtera & Claim Kredit RM50 eWallet

Penafian : Laman web myinformasi tiada sebarang kaitan dengan portal Bantuan Sara Hidup. Laman ini hanya kongsikan dan memberitahu makluman terkini secara umum sahaja. Untuk maklumat lanjut sila layari ke laman web rasmi BSH.

Leave a Reply