Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT 2018 (MAIJ)

Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT 2018 (MAIJ) | Adakah anda pelajar Diploma dan Ijazah tahun pertama? Berita baik buat anda khususnya anak jati negeri Johor yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau biasiswa pendidikan. Untuk makluman, kini anda dipelawa membuat Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT MAIJ 2018 secara online di aplikasi Majlis Agama Islam Johor. Permohonan Bantuan Yuran IPT Sesi 2018 (Sesi 1) hanya terbuka kepada pelajar Diploma dan Ijazah tahun pertama bermula 5 Mac 2018 sehingga 5 April 2018.

Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT 2018 (MAIJ)

Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT 2018 (MAIJ)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT MAIJ 2018 termasuk syarat kelayakan dan aplikasi online :

● Tarikh Permohonan: 5 Mac sehingga 5 April 2018

● Aplikasi Permohonan: http://www.maij.gov.my/ipt

Syarat Kelayakan Skim Bantuan Pendaftaran IPT MAIJ

Antara syarat-syarat kelayakan Bantuan Yuran Pendaftaran IPT adalah seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia

2. Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam Negeri Johor.

3. Bermaustatin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.

4. Mendapat surat tawaran Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.

5. Pendapatan Ibu Bapa /  Penjaga tidak melebihi RM3,000.00.

6. Peringkat pengajian bagi Diploma semester pertama dan Ijazah Sarjana Muda Semester pertama.

Jumlah Bantuan 

1. Diploma : RM500

2. Ijazah Sarjana Muda : RM700

Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT 2018 (MAIJ)

Cara Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT MAIJ 2018 Online

Berikut adalah panduan Permohonan Bantuan IPT MAIJ tahun 2018 secara atas talian :

1. Pemohon perlu layari ke laman sesawang KPM di pautan http://www.maij.gov.my/ipt.

2. Klik pada daftar pengguna dan masukkan nombor kad pengenalan anda.

3. Sekiranya nombor kad pengenalan telah didaftarkan, masukkan kata laluan yang baru dan klik kemaskini.

4. Sekiranya data pemohon tiada dalam sistem, pemohon perlu mendaftar sebagai pengguna sistem. Lengkapkan Maklumat Peribadi Pemohon.

5. Buat Pengesahan Pendaftaran. Klik setuju dan tekan simpan.

6. Klik Cetak Slip sebagai rujukan permohonan dan perlu dilampirkan untuk proses selanjutnya di Kaunter MAIJ daerah.

Selamat membuat Permohonan Bantuan IPT MAIJ tahun 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran bantuan pendidikan ini.

Leave a Reply