Permohonan Diploma PPUM 2018 Online Bagi Lepasan SPM

Permohonan Diploma PPUM 2018 Online Bagi Lepasan SPM | Adakah anda lepasan SPM tahun 2017? Anda berminat menceburi bidang kejururawatan dan perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)? Panduan buat anda yang berminat melanjutkan pengajian dalam Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sesi 2018. Untuk makluman anda, kini anda boleh membuat Permohonan Diploma PPUM 2018 secara online bermula daripada 11 Mac 2018 sehingga 27 Mac 2018.

Permohonan Diploma PPUM 2018 Online Bagi Lepasan SPM

Sepertimana sedia maklum, Permohonan Diploma PPUM adalah melibatkan 3 program iaitu Diploma Kejururawatan, Diploma Radiografi dan Diploma Teknologi Maklumat Perubatan. Anda dikehendaki memilih salah satu daripada TIGA (3) program yang ditawarkan. Bagi calon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil sesi temuduga.

Permohonan Diploma PPUM 2018 Online Bagi Lepasan SPM

Berikut dikongsikan adalah maklumat penting tentang Permohonan Program Diploma PPUM 2018 yang turut memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

○ Tarikh Dibuka: 11 Mac 2018
○ Tarikh Ditutup: 27 Mac 2018
○ plikasi Permohonan (Klik) : http://spp.ummc.edu.my

Syarat Kelayakan Permohonan Diploma PPUM

Antara syarat-syarat kelayakan permohonan Diploma PPUM adalah seperti berikut:

A. Syarat Am

1. Umur : Berumur 18 hingga 22 tahun
2. Jantina : Lelaki dan Perempuan
3. Taraf Perkahwinan : Bujang
4. Tempoh Program : 3 Tahun (Sepenuh Masa)

B. Syarat Kelayakan Akademik

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan mendapat :

○ Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik, SERTA.

○ Bagi Program Diploma Kejururawatan – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran adalah Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi).

○ Bagi Program Diploma Radiografi – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi).

○ Bagi Program Teknologi Makmal Perubatan – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi).

Tarikh Penting Permohonan Diploma PPUM 2018

Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan Diploma PPUM 2018:

● Tarikh Permohonan: 11 Mac hingga 27  Mac 2018

● Panggilan Temuduga: 6 April hingga 11 April 2018

● Semakan Keputusan / Temuduga: 28 Mei hingga 3 Jun 2018
● Tarikh Pendaftaran: 8 Julai 2018

Cara Permohonan Diploma PPUM 2018 Online

1. Permohonan hanya boleh dibuat secara online melalui http://spp.ummc.edu.my.

2. Pemohon perlulah membeli ID PPUM yang boleh didapati di Bank Simpanan
Nasional (BSN) berharga RM 10.06 untuk membuat permohonan (termasuk RM1.00 caj perkhidmatan Bank Simpanan Nasional+RM0.06(GST)). No. Pin atau ID PPUM boleh dibeli mulai 5 Mac 2018.

3. Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan baru atau salinan kad pengenalan baru pemohon untuk mendapatkan ID PPUM. Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan dan ID PPUM perlulah dirahsiakan.

4. ID PPUM juga boleh digunakan untuk menyemak panggilan temuduga (Program 1 sahaja) melalui laman web PPUM dan  mulai 6 April 2018 hingga 11 April 2018. Keputusan permohonan/temuduga akan diumumkan mulai 28 Mei 2018 hingga 3 Jun 2018.
5. Borang permohonan secara online perlu diisi dengan lengkap dan maklumat yang betul.

Sebarang pertanyaan lanjut, anda sila hubungi di talian 03 – 2028 7047 / 03 – 2028 7071 (Jam 8 pagi hingga 5 petang, Isnin – Jumaat atau ;

Emel: spp@ummc.edu.my

Selamat membuat permohonan Program Diploma PPUM tahun 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Leave a Reply