Panduan Solat Sunat Tarawih Lengkap dan Betul | Setiap tahun umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan selama 1 bulan bagi menunaikan ibadat wajib. Di bulan yang mulia ini umat Islam bersungguh-sungguh menambahkan amalan iaitu dengan mengerjakan solat sunat taraweh, sunat witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan. Bagaimanakah cara solat sunat Tarawih yang betul?
Panduan Solat Sunat Tarawih Lengkap dan Betul
Berikut dikongsikan adalah cara atau panduan solat sunat Tarawih yang lengkap besertakan hukum, jumlah rakaat dan lafaz niat :
○ Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Lengkap
Hukum Solat Sunat Tarawih
Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sunat dikerjakan di masjid atau surau. Waktu sembahyang Tarawih ini adalah selepas menunaikan sembahyang fardhu (Isyak) sehinggalah larut malam.
Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih
1. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
2. Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbul-kan sesuatu keberatan. Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
3. Pada zaman Khalifah Omar bin al-Khattab r.a. pula beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidakkeberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
4. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dalam 2 rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratulihram.
Lafaz Niat Sembahyang Tarawih
Maksudnya: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat, menjadi makmum kerana Allah Taala.
Semoga perkongsian tentang cara solat sunat Tarawih dapat dijadikan panduan buat semua umat Islam. Selamat mengerjakan ibadat puasa dan amalan-amalan sunat yang lain.