Permohonan Biasiswa Komanwel New Zealand 2018 Bagi Sarjana & PHD

Permohonan Biasiswa Komanwel New Zealand 2018 Bagi Sarjana & PHD | Adakah anda pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana dan PHD? Berita baik buat pelajar yang ingin membuat permohonan biasiswa pendidikan atau bantuan pinjaman pelajaran. Untuk makluman, kini JPA mempelawa kepada pemohon yang memenuhi syarat kelayakan untuk membuat permohonan Biasiswa Komanwel New Zealand 2018 secara online di portal rasmi JPA. Permohonan biasiswa ini akan diberikan kepada mereka yang mengikuti pengajian peringkat Sarjana dan PHD, dimana tarikh tutup permohonan pada 28 Mac 2018.

Permohonan Biasiswa Komanwel New Zealand 2018 Bagi Sarjana & PHD

Permohonan Biasiswa Komanwel New Zealand 2018 Bagi Sarjana & PHD

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara Permohonan Biasiswa Komanwel New Zealand 2018 termasuk syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

○ Permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT 2018 Online

Syarat Kelayakan Biasiswa Komanwel New Zealand 2018

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah, sekiranya berminat untuk memohon :

1. Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap.

2. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan.

3. Umur tidak melebihi 39 tahun pada 12 Oktober 2018.

4. Mempunyai penguasaan Bahsa Inggeris yang baik.

5. Telah mengisytiharkan harta.

6. Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2014, 2015 & 2016) atau (2015, 2016 & 2017).

7. Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah.

8. Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA; Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari 12 Oktober 2018).

9. Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan bidang yang bersesuaian dengan bidang tugas.

10. Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti.

11. Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai.

Cara Permohonan Biasiswa Komanwel New Zealand 2018 Online

1. Kepada pemohon yang berkelayakan boleh membuat permohonan secara online di https://apply.stipendiumhungaricum.hu/.

2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar kepada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan masing-masing dengan disertakan bersama-sama:

○ Salinan Ijazah Pertama atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol atau transkrip).

○ Salinan Ijazah Sarjana atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip).

○ Application Form 2018 Selection – New Zealand Commonwealth Scholarship

3. Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan.

Untuk keterangan lanjut layari ke laman web rasmi JPA di http://studyinhungary.hu/study-in-hungary/menu/stipendium-hungaricum-scholarship-programme.

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Komanwel New Zealand 2018 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan ini bagi pengajian Sarjana dan PHD.

Leave a Reply