Permohonan Rumah Mampu Biaya Johor 2020 Terkini Online. Berita baik buat warga Johor yang ingin membuat pembelian rumah kediaman anda. Untuk makluman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUJK) Bahagian Perumahan menawarkan satu skim perumahan iaitu Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) khas kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana yang ingin memiliki rumah idaman sendiri. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Rumah Mampu Biaya Johor secara atas talian (online) menerusi laman web eJohor.

Permohonan Rumah Mampu Biaya Johor 2020 Terkini Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Rumah Mampu Biaya Johor termasuk memaparkan syarat kelayakan, ciri rumah dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan : 26 Mei – 25 Ogos 2020
Syarat Kelayakan Rumah Mampu Biaya Johor
Antara syarat-syarat kelayakan Rumah Mampu Biaya Johor adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia dan menetap selama 5 tahun di Johor dan berumur 18 tahun ke atas
- Berkahwin/Bujang layak memohon
- Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua
- Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri
- Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon rumah kedua iaitu RMMJ
- Hanya satu (1) pemilikan sahaja bagi Kedai Kos Sederhana Rendah
- Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/rumah mewah tidak LAYAK memohon
- Tempoh sah pendaftaran Rumah Mampu Milik adalah SETAHUN dari tarikh pendaftaran
Artikel Berkaitan : Permohonan Program Perumahan Rakyat (PPR) Bagi B40
Ciri-Ciri Rumah Mampu Biaya Johor
Projek Perumahan : Taman Melor Jaya, Tangkak (Terkini)
A. Rumah Mampu Biaya A
- Harga : RM42,000
- Rumah teres dua tingkat
- Gerisik, Tangkak
- 32 unit, 720 KP
B. Rumah Mampu Biaya B
- Harga : RM80,000
- Rumah teres dua tingkat
- Gerisik, Tangkak
- 48 unit, 850 KP

Cara Mohon Rumah Mampu Biaya Johor 2020 Online
Pemohon boleh membuat permohonan menerusi portal https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/hartanah/index.htm. Sila rujuk projek dan lokasi perumahan terkini yang akan dibina untuk permohonan nanti.
Sebarang pertanyaan lanjut sila rujuk seperti berikut :
Bahagian Perumahan
Aras 1, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak,
Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri, Johor
No. Tel : 07-2666260 / 07-2666261
Email : erumah@johor.gov.my
BACA JUGA : Cara Mohon PR1MA Homes Bagi Golongan Berpendapatan Rendah/ Sederhana


