Cara Mohon Skim Rumah Pertamaku (SRP) Untuk Pekerja Sektor Swasta/ Bekerja Sendiri

Cara Mohon Skim Rumah Pertamaku (SRP) Untuk Pekerja Sektor Swasta/ Bekerja Sendiri. Berita baik buat rakyat Malaysia khususnya pekerja sektor swasta yang ingin memiliki rumah idaman sendiri. Untuk makluman, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan satu skim perumahan iaitu Skim Rumah Pertamaku khas kepada yang bekerja sektor swasta dan bekerja sendiri. Permohonan ini boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat.

Cara Mohon Skim Rumah Pertamaku (SRP) Untuk Pekerja Sektor Swasta/ Bekerja Sendiri

Skim Rumah Pertamaku adalah merupakan inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama untuk memiliki sebuah rumah. Permohonan pinjaman atau pembiayaan akan diproses dan diluluskan oleh bank-bank yang mengambil bahagian berdasarkan kriteria Skim dan piawaian penaja jaminan kredit bank masing-masing.

Cara Mohon Skim Rumah Pertamaku (SRP) Untuk Pekerja Sektor Swasta/ Bekerja Sendiri

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Rumah Pertamaku termasuk memaparkan syarat kelayakan, ciri-ciri perumahan dan cara permohonan :

Apa Skim Rumah Pertamaku?

Skim Rumah Pertamaku atau ringkasnya SRP adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 untuk memiliki rumah pertama mereka.

Syarat Kelayakan Skim Rumah Pertamaku

Antara syarat-syarat kelayakan Skim Rumah Pertamaku adalah seperti berikut:

  1. Mesti warganegara Malaysia
  2. Pembeli rumah pertama
  3. Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
  4. Pemohon individu atau bersama
  5. Nilai hartanah sehingga RM500,000
  6. Pendapatan kasar bulanan isi rumah: Tidak lebih daripada RM5,000 (Bagi pemohon individu/bersama), lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 (Bagi pemohon bersama tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak lebih daripada RM5,000)
  7. Pembiayaan sehingga 110%
  8. Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan

Cara Permohonan Skim Rumah Pertamaku

Permohonan boleh dibuat dimana-mana cawangan bank-bank yang terlibat.

Soalan Lazim Skim Rumah Pertamaku

1. Adakah Skim ini meliputi pembinaan rumah di bawah tanah sendiri?

Tidak, Skim ini tidak meliputi pembinaan rumah di bawah tanah sendiri.

2. Apakah tempoh pembiayaan maksimum?

Tempoh maksimum pembiayaan adalah 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebih daripadai 70 tahun pada akhir tempoh pembiayaan dan polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.

3. Saya bekerja sendiri dan purata pendapatan saya sebulan ialah RM2,000. Adakah saya layak untuk skim ini?

Ya, skim ini adalah terbuka kepada kakitangan di sektor awam dan swasta, termasuk mereka yang bekerja sendiri.

Nota : Bagi anda nak dapatkan soalan lazim Skim Rumah Pertamaku boleh layari ke http://www.srp.com.my/bm/faq.html

Untuk maklumat lanjut tentang Skim Rumah Pertamaku, sila layari laman web www.srp.com.my atau hubungi di talian 03 2262 1800.

BACA JUGA : Cara Mohon Skim Perumahan Belia BSN MyHome

Leave a Reply