Cara Mohon Program Perumahan Rakyat (PPR) 2020 Untuk Golongan B40. Anda ingin memiliki rumah idaman sendiri? Berita baik buat rakyat Malaysia yang ingin memiliki rumah. Untuk makluman, kerajaan Malaysia telah menyediakan satu skim perumahan iaitu Program Perumahan Rakyat (PPR) khas kepada golongan berpendapatan rendah B40 yang tidak memiliki rumah pertama. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon rumah PPR Dimiliki dan PPR Disewa secara atas talian (online) menerusi portal SPRN.

Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah merupakan satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). PPR terdiri daripada 2 jenis iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki iaitu rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak. Kini, kerajaan menyediakan satu sistem online iaitu TEDUH yang dibangunkan untuk memaparkan beberapa skim perumahan di Malaysia antaranya iaitu Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome), Skim Pinjaman Perumahan (SPP), Program Rumah Transit termasuk Program Perumahan Rakyat.
Cara Mohon Program Perumahan Rakyat (PPR) 2020 Untuk Golongan B40
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Perumahan Rakyat termasuk memaparkan syarat kelayakan, jenis perumahan, cara pendaftaran dan semakan :
Syarat Kelayakan Permohonan Rumah PPR 2020
Antara syarat-syarat kelayakan Program Perumahan Rakyat adalah seperti berikut:
A. SKIM PPR DISEWA
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
- Pemohon belum memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
B. SKIM PPR DIMILIKI
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
- Pemohon belum memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
Ciri-Ciri Perumahan PPR
A. Projek PPR Dimiliki
Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
Ciri-ciri PPR:
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
- Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
- Surau/Ruang Solat
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
B. Projek PPR Disewa
Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
Ciri-ciri PPR:
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
- Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
- Surau/Ruang Solat
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Cara Permohonan PPR Disewa/ Dimiliki 2020 Online
A. Pendaftaran Akaun
- Untuk permohonan anda perlu membuat pendaftaran akaun SPRN menerusi pautan https://sprn.kpkt.gov.my/user/register.
- Pemohon perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti Nama, Nombor Kad Pengenalan dan Alamat e-mel.
B. Pergi Ke Emel Untuk Pengesahan
- Pastikan emel yang telah didaftarkan adalah betul dan masih aktif.
- Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktifkan akaun.
- Pemohon hendaklah klik pautan yang berwarna biru.
C. Pilih Skim
- Pemohon boleh membuat pilihan sama ada SKIM PPR DIMILIKI/SKIM PPR DISEWA.
- Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan sebelum klik ‘Pilih skim yang di inginkan’.
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan seperti maklumat diri, maklumat pendapatan, maklumat pasangan dan maklumat tanggungan.
D. Dokumen Sokongan
- Pemohon perlu klik pada ‘Dokumen Sokongan’ untuk menghantar semua maklumat yang diminta sebagai bukti.
- Pastikan semua dokumen yang dihantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak lebih 3MB.
E. Lakukan Pengesahan
- Dokumen sokongan telah dihantar, anda perlu membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar.
- Setelah membuat pengesahan, semua pemohon tunggu ke langkah seterusnya.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di:
Cawangan Pengisian dan Penjualan, Bahagian Pengurusan Perumahan : 03-8891 4052 / 4059 / 4384
Melalui emel
Pertanyaan Skim PPR Dimiliki: ppr@kpkt.gov.my
Masalah Aplikasi: teduh@kpkt.gov.my
BACA JUGA : Permohonan Skim Perumahan MyHome PPAM & Rumah Transit Online
Askm