Permohonan Rayuan BSH 2020 Dibuka Sehingga 6 September (Bantuan Sara Hidup)

Permohonan Rayuan BSH 2020 Dibuka Sehingga 6 September (Bantuan Sara Hidup). Panduan buat pemohon BSH yang gagal permohonan Bantuan Sara Hidup 2020. Menurut Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 dibuka sehingga 6 September ini dan tiada sebarang bayaran dikenakan bagi permohonan itu. Proses rayuan boleh dibuat melalui Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)/Pusat Khidmat Hasil (PKH)/Pusat Transformasi Bandar (UTC) atau secara dalam talian bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus tertentu saja.

Permohonan Rayuan BSH 2020 Dibuka Sehingga 6 September (Bantuan Sara Hidup)
Foto Kredit : xtra

Permohonan Rayuan BSH 2020 Dibuka Sehingga 6 September 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Sara Hidup 2020 termasuk memaparkan tarikh dan cara rayuan serta dokumen sokongan diperlukan :

Tarikh Rayuan BSH 2020

Bagi mereka yang berstatus tidak lulus boleh membuat permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 yang akan dibuka mulai 7 Ogos hingga 6 September 2020.

Cara Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup 2020

A. Secara Online

Permohonan rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my. Permohonan rayuan secara online hanya bagi pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu sahaja.

B. Secara Manual

Rayuan BSH 2020 boleh juga dibuat di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar. Pemohon boleh muat turun borang permohonan rayuan BSH 2020 menerusi pautan Sini https://bsh.hasil.gov.my/Download/Borang/2020/BK-07(BorangPermohonanRayuanBSH2020).pdf

ARTIKEL BERKAITAN : Permohonan Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40

Semakan Keputusan Rayuan BSH 2020

Keputusan rayuan permohonan BSH akan dimaklumkan selepas permohonan rayuan ditutup.

Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi di talian :

  • Web : https://bsh.hasil.gov.my/
  • Hotline BSH LHDNM : 1-800-88-2747.
  • Hotline BSH MoF : 03-8882-4565
  • Emel : bsh@treasury.gov.my

BACA JUGA : Cara Claim RM50 ePENJANA Dan Redeem Melalui Boost, GrabPay & Touch n Go

One Response

  1. Suriati binti tunggal September 4, 2020

Leave a Reply