Semakan Status Permohonan Rayuan BSH 2020 Online Mulai 16 November

Semakan Status Permohonan Rayuan BSH 2020 Online Mulai 16 November. Panduan buat pemohon yang membuat permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) tahun 2020. Untuk makluman berdasarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri, pemohon boleh membuat semakan status permohonan rayuan BSH 2020 bermula pada 16 November 2020. Semakan status boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi BSH. Tarikh Pembayaran rayuan BSH 2020 adalah berdasarkan pengumuman yang akan dibuat oleh kerajaan.

Semakan Status Permohonan Rayuan BSH 2020 Online Mulai 16 November

Semakan Status Permohonan Rayuan BSH 2020 Online Mulai 16 November

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 termasuk memaparkan senarai kod rayuan, semakan status dan maksud :

Senarai Kod Rayuan Permohonan Tidak Lulus BSH 2020

Berikut adalah senarai KOD TIDAK LULUS dan ALASAN TIDAK LULUS :

KOD 05

Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang

KOD 07

Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM4,000

KOD 09

Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,000

KOD 12

Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad

KOD 13

Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad

KOD 34

Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensiRAYUAN TAMBAHAN (PERMOHONAN LULUS BSH 2020)

Rayuan dibenarkan bagi tambahan Anak dan Pendapatan

Nota: Pemohon boleh buat rayuan BSH 2020 secara dalam talian dibenarkan untuk pemohon berstatus tidak lulus dengan satu (1) Kod Alasan Tidak Lulus atau Rayuan Tambahan bagi pemohon yang Lulus BSH 2020 seperti di atas sahaja.

Cara Semak Status Permohonan Rayuan BSH 2020

1. Semakan status boleh dibuat menerusi laman web BSH https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx.

2. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik butang carian.

3. Masukkan captcha yang dipaparkan dan tekan butang ‘semak’.

Maksud Status Permohonan BSH Yang Dipaparkan

Status Permohonan / Rayuan BSH yang akan dipaparkan beserta maksudnya adalah seperti disenaraikan di bawah ini.

  • PERMOHONAN DITERIMA – Permohonan telah dikemaskini bagi BSH 2020 tetapi belum menjalani proses semakan dan verifikasi kelayakan.
  • BELUM KEMAS KINI – Permohonan BSH sebelum ini yang telah di bawa ke BSH 2020. Sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat, tindakan kemas kini tidak perlu dibuat. Permohonan berkenaan akan melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan berdasarkan maklumat BSH sebelum ini.
  • TIDAK LAYAK – Sila hubungi cawangan LHDNM berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut.
  • TIADA REKOD – Mesej berkenaan dipaparkan kerana anda tidak mempunyai rekod Permohonan BSH sebelum ini.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan rayuan BSH 2020, sila hubungi LHDNM di saluran berikut:

Telefon : 1-800-88-2747
Facebook : LHDNM

BACA JUGA : Semakan Status Penghantaran Dekoder Percuma MYTV 2020 Untuk Penerima BSH

Leave a Reply