Contoh Surat Pelepasan Perjalanan Untuk COD Barang Atau Peniaga (Download). Bagaimana peniaga yang selalu membuat penghantaran dan COD barangan? Perhatian buat peniaga atau pekerja yang ingin membuat penghantaran atau COD barang. Sudah tentu anda memerlukan surat pelepasan perjalanan kalau tidak anda tidak boleh bebas sesuka hati. Menurut makluman terkini, bagi anda yang tidak patuhi arahan pada fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan akan terus direman dan dibawa ke mahkamah. Dengan adanya surat pelepasan ini memudahkan anda untuk menghantar barangan tanpa dikenakan tindakan dari pihak berkuasa.
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 hanya pekerja-pekerja di sektor perkhidmatan keperluan sahaja yang diberi kebenaran untuk keluar bekerja. Walaupun peruncitan dibenarkan, tetapi untuk urusan Cash of Delivery (COD) contohnya makanan, hanya Grabfood dan Foodpanda sahaja yang diberi pelepasan untuk buat penghantaran.
Contoh Surat Pelepasan Perjalanan Untuk COD Barang Atau Peniaga (Download)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang surat pelepasan untuk COD barang sepanjang PKP termasuk muat turun fail :
Nama:
Alamat:
No. Telefon:
_______________________________________________________________
Kepada Ketua Polis Daerah 19 April 2020
Tuan/Puan
SURAT PELEPASAN PERJALANAN SEPANJANG TEMPOH KAWALAN PERGERAKAN (COD BARANG)
Merujuk kepada perkara diatas, saya merupakan peniaga atau wakil bagi penghantaran barangan runcit (barang xxx) kepada pelanggan kami.
2. Berikut adalah maklumat berkaitan :
Nama Perniagaan:
Jenis Perniagaan:
Nama Penghantar:
No. Kad Pengenalan:
No Pendaftaran Kereta:
Jenis Kenderaan:
Tarikh:
Waktu:
Kawasan Penghantaran:
3. Pihak kami amat berbesar hati agar pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan kebenaran untuk menghantar barangan secara COD sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
4. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
……………………………….
(Nama)
PENGESAHAN / KEBENARAN
NAMA BALAI :
NAMA PEGAWAI :
JAWATAN
COP / TANDATANGAN :
PASTIKAN ANDA BAWA SURAT INI KE BALAI POLIS BERHAMPIRAN UNTUK MENDAPATKAN PENGESAHAN
TARIKH :
Nota :
i. Pastikan surat pelepasan harus diprint dan tidak boleh pakai tangan.
ii. Pastikan mendapat cop pengesahan di Pejabat Polis Daerah anda
Download Surat Pelepasan Perjalanan Untuk COD
Kepada anda yang nak muat turun surat pelepasan ini dalam bentuk Google Drive boleh klik SINI.
Sumber Fail : Appkerja