Permohonan Program Saringan Prihatin PERKESO Secara Percuma Untuk Pekerja & Majikan

Permohonan Program Saringan Prihatin PERKESO Secara Percuma Untuk Pekerja & Majikan. Berita baik buat pekerja bagi majikan yang berdaftar dengan PERKESO. Untuk makluman, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengumumkan satu inisiatif baharu iaitu Program Saringan Prihatin (PSP) disediakan khusus untuk pekerja dan majikan yang berdaftar dengan PERKESO yang telah mendapat kebenaran beroperasi oleh MITI bagi melakukan saringan COVID-19 di semua panel klinik HSP dan PSP PERKESO. Saringan ini adalah percuma dan dilaksanakan secara berperingkat. Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat pendaftaran PSP secara atas talian melalui laman web rasmi PERKESO.

Permohonan Program Saringan Prihatin PERKESO Secara Percuma Untuk Pekerja & Majikan

Program Saringan Prihatin PERKESO (PSP) merupakan program saringan bagi wabak COVID-19 yang dijalankan kepada pekerja termasuk pekerja asing bagi syarikat yang dibenarkan beroperasi selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Program ini dijalankan bertujuan bagi membantu kerajaan dalam mengawal penularan wabak COVID-19 dalam industri yang mula beroperasi.

Permohonan Program Saringan Prihatin PERKESO Secara Percuma Untuk Pekerja & Majikan

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Saringan Prihatin PERKESO termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, pendaftaran dan keputusan :

Tarikh Permohonan : Mulai 27 April 2020

Semakan Syarat Kelayakan Program Saringan Prihatin PERKESO

Hanya pekerja yang mendaftar sebagai pencarum PERKESO layak untuk menjalani saringan ini. Pekerja perlu mendaftar secara individu melalui Portal PSP PERKESO.

Kaedah Saringan Prihatin PERKESO

Saringan akan dijalankan melalui penyedia perkhidmatan yang telah dilantik oleh PERKESO dan mematuhi garis panduan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pekerja boleh menyemak senarai penyedia perkhidmatan melalui Portal PSP PERKESO di pautan pautan https://psp.perkeso.gov.my/psp-service-provider.html

Saringan ini akan dilaksanakan melalui 2 fasa iaitu:

Saringan Fasa Pertama

Saringan bagi fasa pertama akan memfokuskan saringan kepada pekerja syarikat yang berada di zon merah atau kuning serta syarikat yang mempunyai pekerja asing. Bagi pekerja yang menjalani saringan dalam fasa pertama, saringan akan dijalankan melalui pengambilan sampel daripada hidung dan mulut melalui penyedia perkhidmatan yang dilantik.

Saringan Fasa Kedua

Saringan fasa kedua dijangka bermula pada minggu pertama bulan Mei 2020 setelah sistem saringan melalui Klinik Panel PSP PERKESO disiapkan. Saringan ini akan dijalankan kepada pekerja yang masih belum menjalani saringan semasa fasa pertama.

Saringan bagi pekerja dalam fasa kedua akan dijalankan melalui sampel yang diambil melalui sampel titis darah oleh Klinik Panel PSP PERKESO. Saringan ini perlu dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada hari pertama (Hari 1) dan hari ketujuh (Hari 7) sebelum keputusan saringan boleh dikeluarkan.

Selain ujian saringan, sejarah perubatan pekerja turut akan diambil termasuk sejarah perjalanan ke luar negara, pendedahan pekerja kepada kes positif COVID19, menghadiri perhimpunan atau terdedah kepada orang yang menghadiri perhimpunan.

Artikel Berkaitan : Permohonan Bantuan Kewangan RM600 PERKESO Program Pengekalan Pekerjaan

Cara Pendaftaran Program Saringan Prihatin PERKESO

1. Hanya pekerja yang mendaftar sebagai pencarum PERKESO layak untuk menjalani saringan ini menerusi pautan https://prihatin.perkeso.gov.my/. Anda perlu mendaftar secara individu melalui Portal PSP PERKESO dengan menggunakan maklumat berikut :

  • Nombor kad pengenalan bagi warganegara Malaysia atau nombor Keselamatan Sosial Pekerja Asing (KSPA) bagi pekerja asing;
  • Kod majikan PERKESO; dan
  • Nombor rujukan Surat Kelulusan Beroperasi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Bagi perkhidmatan penting (essential services) yang tiada nombor kelulusan MITI, majikan perlu menghubungi PERKESO bagi mendapatkan nombor yang diperlukan.

2. Sekiranya pendaftaran tidak berjaya dilakukan, pekerja perlu menyemak semula maklumat yang dimasukkan. Sekiranya masih tidak berjaya, pekerja perlu berurusan dengan majikan masing-masing bagi memastikan nama pekerja telah didaftarkan sebagai pencarum PERKESO dan telah dimasukkan ke dalam Portal ASSIST PERKESO.

3. Setelah pendaftaran berjaya, pekerja akan menerima nombor pengesahan (validation key) di dalam profil masing-masing di Portal PSP PERKESO. Pekerja boleh menyemak senarai panel perkhidmatan untuk menjalani saringan. Majikan/ Pekerja perlu menghubungi penyedia perkhidmatan terlebih dahulu bagi penetapan temujanji.

4. Saringan pekerja adalah berdasarkan temujanji dengan penyedia perkhidmatan iaitu sama ada di premis pekerja atau hadir ke premis penyedia perkhidmatan yang ditetapkan bagi tujuan pengambilan sampel. Pekerja perlu membawa dokumen pengenalan diri (kad pengenalan atau passport) dan menyediakan nombor pengesahan
(validation key) bagi pengesahan oleh penyedia perkhidmatan.

Permohonan Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO Secara Percuma Untuk Pekerja & Majikan

Keputusan Program Saringan Prihatin PERKESO

Keputusan saringan akan mengambil masa dalam tempoh 48 jam selepas sampel diambil. Pekerja boleh menyemak keputusan saringan melalui Portal PSP PERKESO.

Pekerja akan mendapatkan keputusan saringan melalui profil peribadi yang telah didaftarkan. Keputusan saringan adalah sulit dan hanya diketahui oleh pekerja, panel perkhidmatan dan PERKESO sahaja. Sekiranya keputusan adalah positif, pegawai perubatan yang terlibat dalam pengambilan sampel berhak untuk menghantar notifikasi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan keputusan tersebut.

Untuk maklumat lanjut tentang soalan lazim PSP PERKESO sila layari ke laman https://psp.perkeso.gov.my/media/Garis%20Panduan%20Pelaksanaan%20PSP%20Fasa%20Pertama%2027.4.pdf

BACA JUGA : Permohonan Program Subsidi Upah PERKESO

Leave a Reply