Permohonan Program iTEKAD Bank Islam Bantuan Untuk Usahawan Asnaf & B40

Permohonan Program iTEKAD Bank Islam Bantuan Untuk Usahawan Asnaf & B40. Berita baik buat peniaga dan golongan berpendapatan rendah B40 yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Untuk makluman, Bank Islam menawarkan satu bantuan khas iaitu Bantuan iTEKAD Bank Islam khususnya kepada peniaga asnaf dan B40 yang terjejas akibat PKP. Bagi permulaan, terbuka kepada semua usahawan mikro di sekitar Wilayah Persekutuan tanpa mengambil kira sama ada pelanggan bank peserta atau tidak. Permohonan ini boleh dibuat dengan memuat turun borang mulai 1 Mei 2020.

Permohonan Program iTEKAD Bank Islam Bantuan Untuk Usahawan Asnaf & B40

iTEKAD merupakan program kewangan sosial yang bertujuan khusus memudahkan pembiayaan bagi usahawan mikro asnaf dan B40 yang kehilangan pendapatan akibat wabak COVID-19. Program ini direka untuk menggunakan sumbangan kewangan sosial (seperti zakat, wakaf dan sedekah) bagi penyediaan modal permulaan yang digabungkan dengan pembiayaan mikro berpatutan untuk pemohon yang layak.

Permohonan Program iTEKAD Bank Islam Bantuan Untuk Usahawan Asnaf & B40

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program iTEKAD Bank Islam termasuk memaparkan syarat kelayakan, dokumen sokongan dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan : Mulai 1 Mei 2020

Apa Itu Program iTEKAD?

Program ini untuk membantu usahawan mikro khususnya di kalangan asnaf dan B40 yang terjejas disebabkan COVID-19 untuk bangkit semula membina perniagaan mereka.

Untuk fasa pertama, Bank Islam akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“MAIWP”) dan SME Corporation Malaysia (“SME Corp”). Pemohon yang layak dan berjaya terpilih akan mengikuti program
latihan pembangunan perniagaan yang dianjurkan oleh MAIWP dan SME Corp.

Bank Islam pula akan menyediakan pembiayaan mikro sebagai modal perniagaan bagi usahawan di kalangan asnaf dan B40; manakala Dana zakat Bank Islam pula akan diberikan kepada asnaf untuk membeli peralatan perniagaan. Untuk permulaan, 100 usahawan mikro yang layak akan dipilih mengikuti program ini.

Apakah maksud usahawan mikro dalam
Program Pembiayaan Mikro iTEKAD?

Peniaga kecil-kecilan dengan pendapatan jualan tahunan di bawah RM300,000 atau mempunyai kurang daripada 5 orang pekerja tetap.

Syarat Kelayakan Program iTEKAD Bank Islam

Antara syarat-syarat kelayakan Bantuan iTEKAD Bank Islam adalah seperti berikut :

Buat permulaan, usahawan mikro sekitar Wilayah Persekutuan di kalangan asnaf dan B40 yang mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”) boleh memohon.

a. Memenuhi kriteria perusahaan mikro (pemilikan tunggal dan perkongsian) sebagaimana yang ditetapkan oleh SME Corp. Malaysia.
b. Perusahaan mikro adalah milik warganegara Malaysia
(pemastautin warganegara Malaysia memegang saham
perniagaan minimum 51%).
c. Perusahaan mikro yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”), atau badan profesional berkanun.
d. Perusahaan mikro beroperasi minimum 1 tahun.
e. Usahawan mikro berumur antara 21 hingga 60 tahun pada tarikh permohonan.

TEMPOH DAN AMAUN BANTUAN

Amaun pembiayaan:
Minimum: RM5,000
Maksimum: RM50,000

Tempoh bayaran:
Di antara 1 tahun sehingga 5 tahun.

Permohonan Program iTEKAD Bank Islam Bantuan Untuk Usahawan Asnaf & B40

Cara Mohon Bantuan ITEKAD Bank Islam

a. Permohonan beserta dokumen yang sudah lengkap boleh dihantar melalui e-mel ke sadaqahouse@bankislam.com.my. Permohonan akan dibuka bermula 1 Mei 2020. Nantikan pengumuman lanjut daripada Bank Islam pada hujung April nanti.

b. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar bersama dokumen-dokumen yang diperlukan iaitu :

  • Borang permohonan.
  • Kad pengenalan.
  • Maklumat perniagaan seperti jenis perniagaan, alamat perniagaan, pendapatan setahun, maklumat pemilik perniagaan, bilangan pekerja, dll.
  • Salinan bukti pendapatan perniagaan (contoh: Borang B Cukai Pendapatan, penyata bank 6 bulan terkini)
  • Salinan bukti operasi perniagaan (contoh: pendaftaran perniagaan, permit berniaga).
  • Salinan bil utiliti.
  • Lain-lain dokumen yang relevan.

Nota : Bagi usahawan mikro yang ingin tahu lebih lanjut berkenaan Program iTEKAD, sila layari https://www.bankislam.com./wp-content/uploads/FAQ-iTEKAD-2.pdf

BACA JUGA : Permohonan BSN Micro-i Kredit Prihatin Untuk PKS

Sebarang pertanyaan lanjut sila emel ke alamat sadaqahouse@bankislam.com.my.

Sumber : Bank Islam

One Response

  1. NUR ZAIRUL SYAFIRA IDAYU BINTI MOHD SAUF November 13, 2020

Leave a Reply