Permohonan Biasiswa MARA 2022 Program Khas JPA MARA (PKJM) Online

Permohonan Biasiswa MARA 2022 Program Khas JPA MARA (PKJM) Online. Adakah anda pelajar lepasan SPM 2019 yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam? Tahniah kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2017. Berita baik buat lepasan SPM yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, menerusi kenyataan dari portal JPA telah menawarkan Biasiswa MARA bagi Program Khas JPA MARA bagi pelajar cemerlang yang memenuhi syarat kelayakan boleh dibuat secara online di laman sesawang JPA. Permohonan Biasiswa Program Khas JPA MARA ini telah dibuka bermula daripada 19 Mac 2018 sehingga tarikh tutup permohonan pada 26 Mac 2018.

Permohonan Biasiswa MARA 2022 Program Khas JPA MARA (PKJM) Online

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2017 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2018. Program ini merupakan program penajaan kepada pelajar bumiputera cemerlang untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di negara Jepun dan New Zealand dalam bidang Kejuruteraan, Sains Dan Teknologi (S&T), pengajian berteraskan Perdagangan dan Sains Sosial. Program ini terdiri daripada tiga (3) sub program utama iaitu Program Akademik Jepun, Program Berkembar New Zealand dan Program Malaysia Japan Higher Education Programme (MJHEP).

Permohonan Biasiswa MARA 2022 Program Khas JPA MARA (PKJM) Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa MARA Program Khas JPA MARA (PKJM) termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi online :

○ Permohonan Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Perancis dan Jerman (JKPJ)

A. Program Akademik Jepun

Program Akademik Jepun (PAJ) merupakan program penajaan ke Jepun dalam bidang kejuruteraan, sains sosial dan sains dan teknologi (S&T). Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan khas sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti-universiti di Jepun. Pelajar akan mengikuti program persediaan di kolej Ambang Asuhan Jepun (AAJ) dan Pusat Bahasa Teikyo (PBT).

B. Program Berkembar New Zealand

Program Berkembar New Zealand merupakan program kolaborasi antara Kolej Yayasan Saad Business School (KYSBS) dan New Zeland Consortium Universities – University of Auckland, Victoria University of Wellington dan University of Canterbury. Program ini melibatkan pengajian peringkat persediaan dan ijazah pertama selama 2 tahun 6 bulan di KYSBS dan 1 tahun 6 bulan di New Zeland.

C. Program Malaysia Japan Higher Education Programme (MJHEP)

Program ini merupakan program kolaborasi antara UniKL dan  Konsortium universiti di Jepun yang telah mendapat pengiktirafan dari Japan Accreditation Board for Engineering Education (JABEE). Program ini melibatkan pengajian peringkat diploma kejuruteraan di UniKL selama tiga (3) tahun dan seterusnya pelajar melanjutkan pengajian di Jepun selama dua (2) tahun di peringkat ijazah pertama.

Syarat Umum Biasiswa MARA Program Khas JPA MARA (PKJM)

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum biasiswa MARA 2018 seperti berikut:

i. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu/Bumiputera dan Warganegara Malaysia;

ii. Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun 2017;

iii. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;

iv. Calon hendaklah mempunyai kesihatan yang baik;

v. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA; dan

vi. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.

Cara Permohonan Biasiswa MARA Program Khas JPA MARA (PKJM)

1. Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://www.mara.gov.my selama lapan (8) hari selepas keputusan SPM diumumkan. Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal MARA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.

2. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Pendaftaran Program Khas JPA MARA Tahun 2018 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

3. Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web MARA di http://www.mara.gov.my.

STUDENT ASSESSMENT CENTER (SAC)

1. Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.

2. Program SAC ini dijadualkan pada 16 April 2018 hingga 19 April 2018 di pusat-pusat yang telah ditetapkan secara Zon di Semenanjung (Selangor, WP Kuala Lumpur, N. Sembilan) Selatan (Melaka dan Johor), Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak), Timur (Pahang, Kelantan dan Terengganu), Sabah dan Sarawak.

Keputusan Biasiswa Program Khas JPA MARA 2020 

Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 Mac 2018 (Isnin) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. Keputusan permohonan penajaan Program Khas JPA MARA ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.mara.gov.my pada 11 Mei 2018 (Jumaat) jam 5.00 petang.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 mulai 19 hingga 26 Mac 2018 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 5:00 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

BACA JUGA : Senarai Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Untuk Pelajar IPTA/ IPTS

Semoga tawaran biasiswa JPA MARA anda berjaya untuk pembiayaan yuran kemasukan pengajian ke universiti awam.

Leave a Reply