Permohonan Pinjaman PTPTN 2023 Online (Kali Pertama). Adakah anda pelajar Universiti Awam atau Politeknik di Malaysia? Panduan buat pelajar yang memerlukan biasiswa atau pinjaman pelajaran untuk lanjutan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah di Universiti Awam. Untuk makluman, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah sediakan satu pinjaman kewangan yang dikenali sebagai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membantu kewangan pelajar semasa belajar. Bagi anda yang memerlukan pinjaman PTPTN boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi PTPTN.

PTPTN adalah satu badan organisasi yang berperanan menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta. PTPTN juga menyediakan skim simpanan pendidikan yang dikenali sebagai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang membolehkan pendeposit menyimpan wang bagi tujuan khairat pendidikan untuk anak-anak mereka.
Permohonan Pinjaman PTPTN 2023 Online (Kali Pertama)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan PTPTN termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi permohonan dan cara hubungi :
Syarat Kelayakan Pinjaman PTPTN
Antara syarat-syarat pinjaman PTPTN yang perlu diikuti iaitu :
● Warganegara Malaysia;
● Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
● Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
● Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
● Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
● Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
● Tiada penaja lain;
● Mempunyai akaun simpanan SSPN-i sebelum membuat permohonan.
ARTIKEL BERKAITAN : Jadual Kemasukan Duit PTPTN 2023
Cara Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN 2023 Online
Untuk anda yang ingin membuat permohonan PTPTN secara online boleh terus ke laman web PTPTN https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/first-time-application. Sebelum permohonan, sila ikuti langkah-langkah di bawah ini :
1. Pemohon telah menerima surat tawaran kemasukan ke IPT.
2. Pemohon perlu membeli No. PTPTN bernilai RM 5.00 di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). No. PTPTN hanya sah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian.
3. Pemohon perlu menyemak tarikh tutup permohonan (Klik sini).
4. Pemohon perlu mempunyai nombor akaun individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing.
Nota: Kaedah pembelian No. PTPTN di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) boleh diperolehi menerusi www.mybsn.com.my atau di talian 1300 88 1900.
Untuk sebarang maklumat lanjut tentang Pembiayaan Pendidikan PTPTN, sila hubungi No. Hotline PTPTN di talian 03- 20804455.
BACA JUGA : Permohonan WPP PTPTN 2022


