Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP COVID-19 Khas Wilayah Persekutuan (Online)

Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP COVID-19 Khas Wilayah Persekutuan (Online). Berita baik buat rakyat Malaysia khususnya anak Wilayah Persekutuan yang terjejas pendapatan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Untuk makluman, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyediakan satu bantuan khas iaitu Bantuan Zakat Kecemasan kepada mereka di Wilayah Persekutuan yang terkesan akibat PKP COVID-19. Permohonan boleh dibuat secara online mulai jam 8.00 pagi, 13 April 2020 di laman web rasmi https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/. Sebelum ini permohonan ini dibuka menerusi WhatsApp dan kini boleh secara atas talian.

Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP COVID-19 Khas Wilayah Persekutuan (Online)

Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP COVID-19 Khas Wilayah Persekutuan (Online)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi mohon :

Tarikh Permohonan : Mulai 13 April 2020

Syarat Kelayakan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP

Antara syarat-syarat kelayakan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP adalah iaitu :

1. Menetap di Wilayah Persekutuan

2. Bukan merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP

3. Pendapatan terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan

Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP COVID-19 Khas Wilayah Persekutuan (Online)

Cara Mohon Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP Online

1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian mulai jam 8 pagi, 13 April 2020 menerusi laman web https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/

2. Pemohon perlu klik pada ‘Pengguna Baru’ untuk mendaftar nama pertama kali menggunakan sistem.

3. Pemohon perlu mengisi semua butiran diri termasuk kata laluan yang akan digunakan untuk akses masuk sistem kelak.

4. Setelah semua butiran telah diisi, pemohon perlu menekan butang ‘Daftar’.

5. Lengkap maklumat yang perlu diisi dan muat naik dokumen yang diperlukan di dalam format pdf/jpg/jpeg.

6. Kemaskini maklumat tanggungan.

7. Seterusnya, pemohon hendaklah menekan tanda tick dan klik pada butang hantar.

Nota :

i. Pemohon boleh membuat semakan di atas permohonan yang telah dibuat dengan menekan butang SEMAKAN BANTUAN.

ii. Pemohon yang telah memohon bantuan ini secara Whatsapp menerusi talian hotline yang disediakan sebelum ini agar tidak mengisi permohonan secara atas talian ini. Ini bagi mengelakkan pertindihan maklumat yang boleh menyebabkan permohonan ditolak.

Semoga bantuan ini akan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19.

BACA JUGA : Cara Permohonan dan Semak Bantuan Prihatin Nasional

Leave a Reply