Permohonan dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 Secara Online. Panduan buat ibu bapa/ penjaga yang menerima Bantuan Prihatin Nasional tahun 2020. Untuk makluman, YTL Foundation bekerjasama dengan YES dan FrogAsia menawarkan telefon pintar percuma bersama data 120GB kepada pelajar-pelajar sekolah kerajaan dari keluarga berpendapatan rendah B40 yang tidak memiliki telefon pintar untuk sesi pembelajaran di rumah. Permohonan baru dan semakan status telefon pintar percuma ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web YTL Foundation.
Selain pemberian bantuan telefon pintar, pelajar yang terpilih akan turut menerima kad SIM YES 4G dilengkapi dengan data 40GB selain sumber pembelajaran yang turut diberikan kepada pelajar sekolah terbabit. Setiap telefon pintar terbabit akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data 120GB (10GB sebulan selama 12 bulan). Tujuan program ini dilancarkan untuk membolehkan anak-anak B40 dapat mengakses pembelajaran dan kuiz ulangkaji menerusi aplikasi FrogPlay atau e-Learning KPM.
Permohonan dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40 Secara Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang telefon pintar percuma B40 termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara pendaftaran dan semakan status :
Syarat Kelayakan Telefon Pintar Percuma
- Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.
- Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40.
Cara Mohon Telefon Pintar Percuma
- Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web https://appform.prod.frogdev.asia/ atau https://ytlfoundation.org/learn.
- Sebelum permohonan, anda perlu semak status B40 ibubapa, sila pergi ke laman web rasmi https://bpn.hasil.gov.my/.
- Sekiranya anda penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dengan jumlah bantuan RM1,600, sila lengkapkan borang permohonan di portal YTL.
ARTIKEL BERKAITAN : Cara Semak Status Penghantaran Dekoder Percuma MYTV Bagi B40
Cara Semak Status Permohonan Telefon Pintar Percuma
A. Secara Online
Semakan status telefon pintar B40 boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web https://lcs.yes.my.
B. Melalui Emel
Selain online, status permohonan juga akan dimaklumkan menerusi emel. Ibu bapa akan turut menerima emel berkaitan proses pendaftaran daripada pihak YTL.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian :
YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
ytlfoundation@ytl.com.my
No. Tel: +603 2038 0888
No. Fax: +603 2038 0388
BACA JUGA : Permohonan Baru Dan Semakan Status BPN 2.0
Penafian : Laman web myinformasi.net tiada sebarang kaitan dengan YTL Foundation. Portal web ini hanya kongsikan maklumat atau informasi terkini kepada orang ramai sebagai pengetahuan umum sahaja.
kepada yang berkenaan:
ank saya 2021 masuk sekolah rendah darjah 1. adakah saya berhak utk mendapatkan utk ank saya terima kasih.saya amat menghargai.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya ialah seorang pelajar Sekolah Menengah.
Pada tahun 2021 saya akan bersekolah secara bersemuka pada tarikh yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia .Hal ini saya berasa amat sukar untuk meneruskan pembelajaran dan pengajaran dalam talian kerana ada sedikit masalah terhadap telefon saya . Bolehkah saya untuk memohon telefon pintar secara percuma yang dibekalkan oleh pihak Kerajaan.
Ble akuan1 byr
Msa la kerajaan nk tlong,Klu kno MCM kte sedih la ibu,bapa dh xdop kte anak yatim dk Pah tu ad ag 3owg ppuan semua