Permohonan Biasiswa JPA 2022 Program Khas Jepun Korea Perancis dan Jerman (JKPJ)

Permohonan Biasiswa JPA 2022 Program Khas Jepun Korea Perancis dan Jerman (JKPJ)  Adakah anda pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara? Berita baik buat anda yang baru saja dapat keputusan SPM 2021 dan ingin membuat permohonan biasiswa pengajian. Menerusi daripada portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), penawaran penajaan Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis Tahun 2018 telah dibuka bagi lepasan SPM. Bagi pelajar yang memenuhi syarat kelayakan anda boleh membuat permohonan biasiswa JPA 2018 secara online melalui eSILA JPA bermula daripada 19 Mac 2018 sehingga 26 Mac 2018.

Permohonan Biasiswa JPA 2022 Program Khas Jepun Korea Perancis dan Jerman (JKPJ)

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2017 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2018. Program penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2017 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat diploma atau ijazah pertama di negara-negara berkenaan.

Permohonan Biasiswa JPA 2022 Program Khas Jepun Korea Perancis dan Jerman (JKPJ)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Penajaan JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

○ Permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT Online

Syarat Umum Biasiswa JPA 2020

Antara syarat-syarat asas kelayakan permohonan biasiswa JPA bagi Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis 2018 adalah seperti berikut :

1. Calon adalah warganegara Malaysia;

2. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada tahun peperiksaan SPM diduduki;

3. Calon hendaklah mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;

4. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA; dan

5. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

Nota : Untuk membuat semakan syarat khas boleh rujuk di eSILA JPA.

Cara Permohonan Biasiswa JPA Online

1. Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/ selama lapan (8) hari selepas keputusan SPM diumumkan.

2. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

3. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program JKPJ Tahun 2018 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

4. Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau  http://esilav2.jpa.gov.my/.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 

Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 Mac 2018 (Isnin) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Keputusan Permohonan Biasiswa JPA 2018 Program Khas JKPJ

Keputusan permohonan penajaan Program Khas JKPJ ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau  http://esilav2.jpa.gov.my/ pada 11 Mei 2018 (Jumaat) jam 5.00 petang.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 mulai 19 hingga 26 Mac 2018 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 5:00 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa ini untuk lanjutan pengajian ke luar negara.

Leave a Reply