Permohonan Baru BSH 2020 Bagi Tiada Rekod, Siapa Layak Mohon?

Permohonan Baru BSH 2020 Bagi Tiada Rekod, Siapa Layak Mohon? Berita baik buat penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tetapi semakan permohonan BSH 2020 adalah Tiada Rekod. Untuk makluman menerusi FAQ BSH LHDN, memaklumkan bagi penerima BPN bagi kategori B40 iaitu jumlah kelulusan RM1600/ RM800 tetapi permohonan Bantuan Sara Hidup 2020 tiada rekod boleh mengemukakan permohonan baru BSH secara manual di cawangan LHDN. Permohonan baru ini boleh dibuat mulai 07 Ogos sehingga 6 September 2020.

Permohonan Baru BSH 2020 Bagi Tiada Rekod, Siapa Layak Mohon?

Permohonan Baru BSH 2020 Bagi Tiada Rekod, Siapa Layak Mohon?

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan baru Bantuan Sara Hidup 2020 termasuk memaparkan syarat kelayakan dan cara permohonan :

Syarat Kelayakan Permohonan Baru Bantuan Sara Hidup 2020

Pemohon boleh membuat permohonan baru Bantuan Sara Hidup 2020 semasa tempoh rayuan sekiranya tuan telah diluluskan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi kategori B40 iaitu jumlah kelulusan RM1600 atau RM800.

ARTIKEL BERKAITAN : Semak Status Dekoder Percuma MYTV Bagi Penerima BSH

Cara Mohon Baru BSH 2020

Permohonan baru boleh dibuat secara manual iaitu hadir ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran.

Soalan Lazim Permohonan Baru BSH

1. Saya adalah penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tetapi semakan permohonan BSH 2020 adalah Tiada Rekod. Adakah saya boleh membuat permohonan BSH 2020 semasa tempoh rayuan?

Tuan boleh membuat Permohonan Baru Bantuan Sara Hidup 2020 semasa tempoh rayuan sekiranya tuan telah diluluskan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi kategori B40 iaitu jumlah kelulusan RM1600/ RM800. Permohonan Baru BSH 2020 boleh dibuat secara manual ke cawangan LHDNM.

2. Saya adalah penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan juga telah memohon BSH 2020, adakah Permohonan Rayuan BSH 2020 saya boleh diluluskan?

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) adalah bantuan yang berbeza dari Bantuan Sara Hidup (BSH). Oleh itu, Permohonan Rayuan BSH 2020 akan disemak dan kelulusan diberikan berdasarkan syarat kelayakan BSH serta semakan agensi yang telah ditetapkan oleh MoF dan dokumen sokongan yang perlu dikemukakan (jika berkenaan). Permohonan Rayuan BSH 2020 akan dipertimbangkan sekiranya melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian seperti berikut :

BACA JUGA : Cara Claim RM50 ePENJANA Dan Redeem Melalui Boost, GrabPay & Touch n Go

Sumber : FAQ LHDNM

One Response

  1. Rozy December 7, 2020

Leave a Reply