Tarikh Bayaran BPR Fasa 2 Mulai Awal Mei 2021 (Semakan Status). Bilakah tarikh bayaran Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)? Panduan buat rakyat Malaysia yang telah membuat permohonan dan rayuan BPR 2021. Pada 18 Januari 2021, menerusi pembentangan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Perdana Menteri telah mengumumkan pembayaran Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021. Untuk pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 pula akan dikreditkan ke akaun bank bermula pada awal bulan Mei 2021 bagi kategori isi rumah dan golongan bujang serta Orang Kurang Upaya (OKU).

Menerusi kenyataan daripada Menteri Kewangan menyatakan pembayaran Fasa 1 BPR akan memberi manfaat kepada 8.45 juta penerima yang mendapat bayaran sebanyak RM300 setiap penerima untuk kategori isi rumah dan RM150 setiap seorang untuk individu bujang secara berperingkat melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion. Pemohon boleh semak status bayaran BPR 2021 secara dalam talian menerusi portal BPR https://bpr.hasil.gov.my.
Tarikh Bayaran BPR Fasa 2 Mulai Awal Mei 2021 (Semakan Status)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Rakyat 2021 termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran, cara semakan dan kaedah pembayaran :
Pembayaran Fasa 2 BPR dibuat kepada penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang telah diluluskan sebelum ini. Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat ini telah dipercepatkan daripada bulan Mei kepada penghujung Februari 2021 bagi membantu golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.
Tarikh Pembayaran BPR 2021 Fasa 2
Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 akan dikreditkan bermula pada awal bulan Mei 2021.
Kategori Penerima Bantuan Prihatin Rakyat
Untuk makluman, pemohon telah menerima bayaran BPR 2021 fasa pertama dengan jumlah bayaran seperti berikut. Sepertimana anda tahu bayaran BPR 2021 ada tiga fasa iaitu Februari, Mei dan Julai 2021.
- Kategori Isi Rumah – RM300
- Kategori Bujang – RM150
Bagi yang masih belum menerima bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Rakyat, sila buat semakan status secara online atau terus ke kaunter LHDN yang berhampiran.
Semakan Status Permohonan BPR Fasa 2
Semakan status permohonan BPR 2021 boleh dibuat secara online seperti berikut :
1. Pemohon boleh layari ke laman web BPR LHDNM bpr.hasil.gov.my.
2. Sila Log Masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
3. Tekan butang Semak Status.
4. Status bayaran atau permohonan anda akan dipaparkan.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian :
Sekretariat BPR,
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia(MOF), Presint 2,
62592 Putrajaya
Hotline BPR LHDNM : 1-800-88-2747
Hotline BPR MOF : 03-8882 4565/03-8882 4566
Emel : bpr@treasury.gov.my
BACA JUGA : Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2021, Bayaran RM300 Sebulan


