Permohonan Bantuan Darurat Tabung Baitulmal Sarawak Untuk Keluarga & Bujang (TBS)

Permohonan Bantuan Darurat Tabung Baitulmal Sarawak Untuk Keluarga & Bujang (TBS). Berita baik buat rakyat negeri Sarawak yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Untuk makluman, golongan asnaf di Sarawak yang tidak mempunyai bekalan makanan boleh memohon bantuan menerusi Tabung Baitulmal Sarawak (TBS). Kini, TBS telah memperkenalkan aplikasi bantuan darurat bagi menyantuni permohonan bantuan khas COVID-19 dengan pantas. Permohonan boleh dibuat secara online dengan memuat turun aplikasi Bantuan Darurat TBS.

Permohonan Bantuan Darurat Tabung Baitulmal Sarawak Untuk Keluarga & Bujang (TBS)

Permohonan Bantuan Darurat Tabung Baitulmal Sarawak Untuk Keluarga & Bujang (TBS)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Darurat TBS termasuk memaparkan syarat kelayakan, jumlah bantuan dan cara permohonan :

Apa Itu Bantuan Darurat TBS?

Bantuan Darurat TBS adalah dari Tabung Baitulmal Sarawak bagi menyantuni permohonan bantuan khas COVID19 dengan pantas. Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM3.5 juta kepada lebih 20,733 individu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia.

Untuk memudahkan pengagihan bantuan, TBS memperkenalkan aplikasi Bantuan Darurat TBS bagi memudahkan pemohon membuat permohonan menerusi online sahaja. Kini, aplikasi ini disediakan untuk platform Android dan untuk iOS akan datang.

Apa Itu Aplikasi Bantuan Darurat TBS?

Aplikasi Darurat TBS merupakan aplikasi mudah alih yang disediakan dari Tabung Baitulmal Sarawak bagi menyantuni permohonan bantuan khas COVID19 dengan pantas. Ia juga dikenali sebagai APLIKASI JEJAK ASNAF 2.0

Syarat Kelayakan Bantuan Darurat TBS

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :

a. Beragama Islam
b. Berasal dari Sarawak
c. Berumur 18 tahun dan ke atas
d. Permohonan untuk keluarga hanya boleh dilakukan oleh ketua keluarga sahaja

KADAR JUMLAH BANTUAN

  • Individu yang berkeluarga (permohonan melalui ketua keluarga sahaja) layak menerima bantuan sebanyak RM250.00.
  • Individu bujang yang terputus punca pendapatan layak mendapat bantuan sebanyak RM100.00 secara one-off.

Cara Mohon Bantuan Darurat Tabung Baitulmal Sarawak

  1. Untuk permohonan boleh dibuat menerusi Aplikasi Bantuan Darurat TBS menerusi laman web http://daruratapp.tbs.org.my/
  2. Sebelum memuat turun aplikasi tersebut, sila baca cara pemasangan aplikasi bagi memastikan ia berfungsi dengan baik di telefon bimbit anda.
  3. Muat turun aplikasi tersebut dengan menekan “Muat Turun (Android)”.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  5. Pemohon perlu swafoto (selfie) untuk pengesahan permohonan.
  6. Anda perlu menjawab beberapa soalan bagi semakan kelayakan.

Cara Pemasangan Aplikasi Bantuan Darurat TBS

  1. Tekan butang “Muat Turun (Android)”
  2. Notifikasi ini akan keluar, “This type of file can harm your device. Do you want to keep bantuan-darurat-tbs-v130.apk anyway?”
  3. Tekan OK untuk teruskan.
  4. Buka (Open) aplikasi yang telah dimuat turun dan pasang (install) aplikasi tersebut.
  5. Aplikasi Darurat TBS boleh digunakan.

Untuk makluman lanjut tentang Bantuan Darurat TBS, sila hubungi :

Ibu Pejabat
Tabung Baitulmal Sarawak Blok A,Lot 3655 Kuching North Land District, Jalan Batu Kawa, 93250 Kuching
Phone No. : 082-682861 (Talian Am)
082-683270 (Hotline Kutipan)
082-683541 (Hotline Dakwah)
082-683709 (Hotline Agihan)
Fax No. : 082-684820

BACA JUGA : Permohonan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang

Leave a Reply