Pendaftaran MUET Sesi Julai 2018 Online

Pendaftaran MUET Sesi Julai 2018 Online | Adakah anda calon yang ingin menduduki Ujian MUET sesi 2018? Bilakah tarikh pendaftaran MUET sesi Julai 2018? Perhatian buat calon yang bakal menduduki peperiksaan MUET sesi 2 Julai 2018. Untuk makluman, menerusi portal dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), pendaftaran MUET sesi Julai 2018 boleh dibuat secara online bermula daripada 1 Mac 2018 sehingga 9 Mei 2018. Ujian bertulis pula akan diadakan pada 21 Julai 2018.

Pendaftaran MUET Sesi Julai 2018 Online

Sehubungan itu, calon diingatkan membuat pendaftaran peperiksaan MUET mengikut tarikh yang ditetapkan dalam Kalendar MUET tahun 2018. Bagi anda yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree), sememangnya anda WAJIB mempunyai sijil MUET sebagai tanda aras kemasukan ke alam universiti.

Pendaftaran MUET Sesi Julai 2018 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran MUET sesi Julai 2018 yang turut memaparkan tarikh-tarikh penting dan aplikasi permohonan MUET:

○ Kalendar Peperiksaan MUET 2018 Sesi Mac, Julai & November

Tarikh Penting MUET Sesi Julai 2018

○ Tarikh pendaftaran dibuka: 1 Mac 2018

○ Tarikh pendaftaran ditutup: 9 Mei 2018

○ Tarikh Ujian Speaking : 9,10,11,12,16 & 17 Julai 2018

○ Tarikh Ujian Bertulis : 21 Julai 2018

Borang Pendaftaran MUET Sesi Julai 2018 Online

Bagi pemohon yang ingin menduduki Ujian MUET sesi Julai 2018 boleh mengisi borang pendaftaran MUET secara online seperti berikut :

1. Aplikasi Permohonan: eSubmission MPM Online

2. Manual pengguna calon Persendirian MUET klik MUET DAFTAR .

3. Klik pada butang ‘Daftar Pengguna’ atau hiperlink ‘Daftar Pengguna’.

Nota Penting :

● Calon diingatkan membeli No. Pin MUET dahulu di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar sebagai pengguna portal.

● Calon diminta mengambil perhatian bahawa MPM tidak akan menghantar slip daftar MUET kepada calon. Calon dikehendaki menyemak status pendaftaran muet melalui portal MPM mulai 8 Jun 2018.

Semakan Keputusan MUET Sesi Julai 2018

1. Keputusan MUET bagi calon sekolah/institusi akan dihantar kepada Pengetua sekolah/institusi berkenaan melalui SPP JPN manakala bagi calon persendirian individu, keputusan akan dihantar melalui pos ke alamat yang calon daftarkan secara online.

2. Calon juga boleh menyemak keputusan ujian melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my atau melalui SMS dengan menaip MUET<jarak>RESULT<jarak>nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.

Selamat membuat pendaftaran MUET sesi Julai 2018 secara online. Semoga anda mendapat keputusan cemerlang dalam ujian muet.

Leave a Reply