Cara Pendaftaran MUET 2023 Online (Sesi 1, 2 & 3). Perhatian buat pelajar yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda pada tahun 2022. Sebelum anda menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya, pelajar perlu menduduki Ujian MUET dahulu sebagai pra syarat kemasukan ke Universiti Awam. Calon dinasihatkan membuat pembelian nombor pin MEC dahulu di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum pendaftaran MUET secara dalam talian.

Merujuk kepada kalendar Peperiksaan MUET yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), pendaftaran MUET 2022 akan dibuka 3 sesi iaitu Mac, Jun dan November. Pendaftaran MUET boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi MPM www.mpm.edu.my.
Cara Pendaftaran MUET 2023 Online (Sesi 1, 2 & 3)
Berikut dikongsikan adalah maklumat penting tentang pendaftaran MUET termasuk memaparkan tarikh-tarikh Ujian Bertulis dan Ujian Speaking :
Tarikh Daftar MUET 2023
Sesi 1 Mac 2021
- 13 November 2020 : Tarikh Pendaftaran Dibuka
- 14 Disember 2020 : Tarikh Tutup Pendaftaran
- 17, 18, 22, 23, 24 dan 25 Februari 2021 : Tarikh Ujian Speaking
- 10 April 2021 : Tarikh Ujian Bertulis
Sesi Jun 2021
- 9 Februari 2021 : Tarikh Pendaftaran Dibuka
- 28 Mac 2021 : Tarikh Tutup Pendaftaran
- 16, 17, 21, 22, 23 dan 24 Jun 2021 : Tarikh Ujian Speaking
- 3 Julai 2021 : Tarikh Ujian Bertulis
Sesi November 2021
- 8 Julai 2021 : Tarikh Pendaftaran Dibuka
- 22 Ogos 2021 : Tarikh Tutup Pendaftaran
- 26, 27, 28 Oktober dan 8, 9, 10 November 2021 : Tarikh Ujian Speaking
- 13 November 2021 : Tarikh Ujian Bertulis
Cara Pendaftaran MUET 2022 Online
Untuk pendaftaran MUET boleh dibuat secara online menerusi laman web http://online.mpm.edu.my/web/.
Nota : Calon dinasihatkan beli dahulu nombor pin MUET di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran berjumlah RM100 sebelum mendaftar online di portal MPM. Selain itu, pembelian nombor pin MEC boleh juga dibuat secara online menerusi https://dapatpay.dapat.com/mpm/.
Cara Semak Pendaftaran MUET 2022 Online
Bagi calon yang telah mendaftar MUET boleh menyemak status pendaftaran melalui portal http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/.
Untuk keterangan lanjut tentang MUET sila layari ke laman web rasmi https://www.mpm.edu.my/.
BACA JUGA : Kalendar Peperiksaan MUET 2023