Maksud Status ‘Dalam Proses’ BSH 2020 Anda Perlu Tahu!

Maksud Status ‘Dalam Proses’ BSH 2020 Anda Perlu Tahu!. Panduan buat pemohon baharu yang membuat permohonan Bantuan Sara Hidup tahun 2020. Untuk makluman, pembayaran BSH 2020 Fasa Ketiga mula dikreditkan ke akaun penerima pada 24 Julai 2020 secara berperingkat. Pemohon boleh membuat semakan status kelulusan BSH 2020 secara online menerusi laman web rasmi BSH. Namun, rata-rata pemohon BSH mendapat status yang memaparkan “DALAM PROSES” selepas permohonan baru dibuat pada Mac lalu. Persoalannya apakah maksud status ‘Dalam Proses’ bagi pemohon BSH?

Maksud Status Dalam Proses BSH 2020 Anda Perlu Tahu!

Maksud Status ‘Dalam Proses’ BSH 2020 Anda Perlu Tahu!

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang status permohonan Bantuan Sara Hidup termasuk memaparkan aplikasi online :

Apa Maksud Status ‘Dalam Proses’ BSH?

Sekiranya permohonan BSH anda sedang diproses pada laman portal Bantuan Sara Hidup, maka akan dipaparkan status ‘Dalam Proses’. Ianya bermaksud permohonan anda sedang dalam proses semakan kelayakan oleh pihak LHDN sama ada LULUS atau GAGAL.

Menurut FB Lembaga Hasil Dalam Negeri, memaklumkan kelulusan BSH 2020 adalah secara berperingkat. Pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa. Semakan status boleh dibuat secara online di laman web rasmi BSH.

Maksud Status 'Dalam Proses' BSH 2020 Anda Perlu Tahu!
Foto Kredit : FB LHDN

Maksud Status Permohonan BSH 2020

Tiada Rekod

Tidak mempunyai rekod permohonan BSH sebelum ini. Permohonan telah dibuka pada 1 Februari hingga 15 Mac 2020 lalu.

Dalam Proses Pengkreditan

Merujuk kepada pembayaran Fasa Ketiga BSH 2020 dalam proses pengkreditan ke akaun bank masing-masing mulai 24 Julai 2020.

Gagal Kredit

Bagi anda berstatus gagal kredit, pemohon boleh membuat penunaian BSH dengan membawa nombor siri BSH dan kad pengenalan anda ke kaunter BSN.

Pembayaran Secara Tunai

Bagi anda mendapat status pembayaran secara tunai boleh membuat penunaian Fasa Ketiga BSH 2020 di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 24 Julai 2020.

Semakan Kelulusan Permohonan BSH 2020 Fasa 3

  1. Semakan status boleh dibuat secara online di portal rasmi BSH https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
  2. Masukkan No MyKad.
  3. Isikan ‘Captcha’ yang diberikan dan klik pada butang ‘Semak’.
  4. Status permohonan akan dipaparkan sama ada LULUS, DALAM PROSES dan GAGAL.

Permohonan Rayuan BSH 2020

Permohonan rayuan BSH boleh dibuat mula pada 7 Ogos hingga 6 September 2020 secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh hadir di mana-mana Cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH)/ Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre – UTC).

Sebarang keterangan lanjut tentang BSH, sila hubungi di talian seperti berikut :

  • Pusat Hubungan Pelanggan BSN : 1-300-88-1900
  • LHDNM : 1-800 882 747

BACA JUGA : Cara Muat Turun Aplikasi MySejahtera & Claim Kredit RM50 eWallet

Leave a Reply